Main Menu

Saturday 26 May 2012

Tenaga Bahagian 9


Tenaga: Seperti direntap



KEBANYAKAN saintis bersetuju bahawa tubuh manusia mengandungi aliran elektrik. Elektrik dalam tubuh manusia mengalir melalui neuron dan sistem saraf yang bersambung ke otak.
Sekiranya tenaga elektrik ini mampu dikawal, seseorang individu mampu menyalakan lampu kalimantang atau mentol dengan hanya menyentuh kutub-kutub aliran caj positif dan negatif. Namun, tidak semua manusia mampu berbuat demikian.
Setiap individu juga pasti pernah merasai pengalaman ‘kejutan tubuh’ akibat ‘letupan’ caj elektrik dalam tubuh. Letupan caj elektrik biasanya dirasai ketika tubuh sedang berehat atau sedang cuba untuk tidur. Tidak percaya? Pernahkah anda tiba-tiba terasa seperti terkejut secara tiba-tiba semasa sedang tidur dan badan terasa kejang bagai direntap selama satu hingga dua saat semasa sedang cuba tidur? Kejutan itu datang secara tiba-tiba tanpa anda mampu mengawal atau meneka bila ia akan berlaku.
Semasa sedang baring dan mahu tidur, tubuh anda tiba-tiba seperti terkejut sesuatu. Bukan disebabkan terkejut kerana memikirkan sesuatu, bukan juga terkejut disebabkan melihat atau terdengar sesuatu. Tetapi terkejut tanpa sebab. Faham dengan maksud saya? Terkejut tanpa sebab semasa mahu tidur.
Ia dinamakan ‘letupan elektrik’ dalam tubuh. Mengapa ia meletup sehingga membuatkan tubuh anda tiba-tiba seperti direntap sesuatu? Apa yang membuatkan ia meletup? Bagaimana ia boleh meletup? Apa sebenarnya letupan itu? Itu adalah soalan yang timbul jika anda mahu memikirkannya. Ia datang secara tiba-tiba tanpa kita mampu meneka kehadirannya.
Saya secara peribadi menamakan letupan itu sebagai ‘beruang jatuh bendang’ kerana terbayangkan seekor beruang bertanduk yang terjatuh ke dalam sawah padi pada kali pertama mengalami letupan itu sewaktu saya masih kanak-kanak sekolah rendah.
Letupan itu datang ketika saya dibayangi beruang yang jatuh ke dalam sawah padi, ketika beruang itu terjatuh, letupan itu pun datang dan tubuh terasa seperti direntap. Visi tersebut kemudian datang berulang-ulang bersama rentapan tubuh pada tempoh-tempoh tertentu sehingga saya meningkat remaja.
Beberapa tahun selepas itu, apabila saya meningkat remaja, dilaporkan negara komunis Kesatuan Soviet yang terkenal dengan jolokan ‘beruang jahat Blok Komunis’ telah jatuh tersungkur di pentas antarabangsa. Kesatuan Soviet kemudian berpecah, Soviet Union kembali menjadi Rusia dan wilayah-wilayahnya berpecah, manakala penduduk miskin di wilayah-wilayah tersebut meneruskan hidup dengan bercucuk tanam.
Bayangan beruang itu pun tidak muncul lagi. Sehingga kini, sekiranya letupan elektrik tubuh itu terjadi, ia hanya terjadi secara mengejut tanpa sebarang bayangan lagi. Itu adalah pengalaman pertama saya, bagaimana pula dengan anda?
Ia adalah salah satu daripada cara minda menerima dan mentafsir serta membunyikan ringtone untuk inbox ‘mesej’.
-------
LETUPAN ELEKTRIK TUBUH

Semua orang akan bersetuju jika dikatakan elektrik itu adalah salah satu jenis tenaga. Elektrik itu panas sifatnya, seperti haba. Semua orang turut bersetuju jika dikatakan haba itu juga tenaga. Apabila caj melebihi ‘had’ penyimpanan, ia akan ‘meletup’ di dalam tubuh kerana ‘overcharged’.
Istilah ‘letupan’ itu pula ialah sebuah istilah yang diguna pakai secara rasmi oleh para pengamal sains yang mengkaji aliran elektrik dalam tubuh manusia. Ia bukan istilah yang sengaja direka-reka.
Dari segi teknikal, apabila ‘perintang elektrik’ tidak lagi mampu mengawal aliran elektrik bervoltan tinggi dalam sesuatu peralatan elektrikal (akibat penurunan kualiti perintang disebabkan penggunaan berterusan), maka perintang itu akan meletup. Apabila volume voltan input tidak selari dengan volume perintang, maka peralatan itu akan meletup atau terbakar.
Mereka yang berada dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik sila betulkan pernyataan di atas sekiranya saya tersilap membuat perbandingan, ia kerana saya hanya belajar elektrik dan elektronik secara tidak formal dan hanya untuk membaik pulih barang elektrik di rumah sendiri sahaja.
Dalam hal ‘tenaga tubuh’ pula, keupayaan otak dan saraf tunjang dalam mengawal serta menapis aktiviti elektrik dalam tubuh adalah perintang yang dimaksudkan. Namun ia terbalik, semakin cekap minda mengawal dan menapis aktiviti elektrik dalam tubuh, maka semakin kerap letupan itu akan berlaku.
Letupan itu pula boleh terjadi secara ‘bersahaja’ dengan daya rentapan-rentapan tertentu. Dalam hal yang sedikit berbeza pula, letupan itu akan menyusul selepas minda menerima mesej ‘berelektrik’.
Mesej yang mempunyai caj elektrik itu pula akan menyebabkan tubuh seperti direntap buat beberapa saat, terutama ketika tubuh mahu berehat atau mata sedang kelayuan mahu tidur. Tempoh masa rentapan pula biasanya kurang daripada dua saat, dalam kebanyakan kes pula hanya satu saat. Sangat pantas seperti kilat, tetapi lebih perlahan sedikit daripada sambaran petir.
Seperti yang diterangkan dalam nota sebelum ini, tubuh sememangnya menyerap tenaga. Pada masa yang sama, tubuh juga menyerap caj-caj elektrik daripada persekitaran. Daya elektrik yang diserap tubuh (dalam kuantiti sangat kecil) pula akan mengalir dalam saraf-saraf sebelum sampai ke otak.
Pada masa yang sama, otak pula mentafsir segala maklumat yang disampaikan melalui impuls-impuls dan neuron-neuron. Rehat sebentar bagi pernyataan ini.
Kita imbas semula dalam nota-nota terdahulu, proses kitaran alam melibatkan perubahan dan perpindahan Qi daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain (bentuk baharu). Alam semulajadi pula sentiasa menghantar mesej melalui perubahan-perubahan yang ditunjukkannya secara harmoni.
Perubahan itu termasuklah peningkatan gas karbon dalam atmosfera yang mengakibatkan perubahan suhu dunia. Dalam waktu tertentu pula, bumi yang berputar dalam orbit yang sedikit membujur juga memberi perbezaan masa pada kitaran-kitaran masa tertentu. Bagaimana? Lihat perkara ini, ada waktu ketika melihat matahari terbenam beberapa minit lebih awal pada tarikh-tarikh tertentu sebelum ini. Ada hari yang waktu Maghrib lebih awal daripada bulan lepas. Ada hari lain pula, waktu Maghrib menjadi lebih lewat daripada bulan-bulan sebelum ini. Ia kerana bumi bergerak dalam orbit yang membujur. Maka, kita ambil faktor masa di sini.
Mesej yang mempunyai caj elektrik akan aktif dan dibebaskan (melalui letupan elektrik tubuh) hanya pada masa-masa tertentu. Tubuh yang menyerap segala unsur dari luar (termasuk mesej-mesej ESP) akan terbebas dengan sendiri apabila tubuh dan minda berada dalam kondisi terbaik. Kondisi terbaik itu dalam konteks ini (letupan elektrik tubuh) ialah ketika kita mahu melelapkan mata pada waktu-waktu terbaik. Itu pun sekiranya letupan itu terjadi selepas menerima ‘mesej’.
Bilakah pula waktu-waktu terbaik itu? Tiada siapa pun yang tahu bagaimana untuk meramal atau membuat pengiraan tepat mengenainya. Apabila ia (masa terbaik itu) datang, maka ia diberikan percuma kepada kamu tanpa sebarang bayaran. Jika mahu membayar juga, maka boleh ‘bayar’ dengan memuji kebesaran-Nya.
Karbon wujud dalam pelbagai bentuk, ia boleh jadi gas, jelaga atau apa sahaja bentuk yang selari dengan sifatnya. Malah, Qi yang terbebas juga mengalami proses perubahan karbon. Salah satu sifat istimewa karbon ialah kemampuannya menyimpan rekod masa dan juga rekod-rekod audio serta visual. Kita berbalik kepada masa. Ia kerana “Masa-Karbon-Qi” saling bercangkuk sesama sendiri.
Daripada ketiga-tiga perkara itu (masa, karbon dan Qi), masa ialah satu perkara yang paling misteri. Kita hanya boleh membuat andaian mengenai masa, tetapi andaian itu tidak berdaya untuk mewakili keterangan yang sebenar.
Boleh jadi, mesej mengenai kejadian yang bakal berlaku pada masa depan atau sudah terjadi masa lampau sudah sedia berada dalam rekod-rekod karbon. Karbon itu pula bebas bergerak dalam peredaran udara, beredarnya karbon secara bebas itu pula masing-masing dalam rantaian Qi tersendiri. Sangat sulit untuk menerangkan sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kepala. Kita cuba fahami perkara ini secara perlahan-lahan walaupun terpaksa merangkak seperti kura-kura tua.
Kita berbalik kepada keterangan asas iaitu tubuh berupaya menyerap Qi iaitu salah satu jenis tenaga halus. Qi pula wujud dalam pelbagai bentuk termasuk karbon itu tadi. Apabila tubuh terdedah kepada karbon secara sihat (sila faham secara sihat), secara tidak langsung Qi juga akan terserap secara sihat. Karbon yang mempunyai ‘rekod-rekod’ sama ada berbentuk audio atau visual itu juga akan diserap oleh tubuh secara tanpa disedari oleh manusia.
Ia tidak pelik apabila kita melihat bagaimana beruang dan haiwan-haiwan lain membuat persediaan untuk menghadapi tempoh hibernasi pertama mereka. Haiwan-haiwan itu (terutama yang masih muda) tidak pernah melalui proses hibernasi sebelum itu, tetapi bagaimana mereka tahu bahawa musim hibernasi akan tiba dan membuat persediaan untuk menghadapinya iaitu dengan makan secukupnya dan mencari tempat tidur yang selamat. Jawapan mudah ialah naluri mereka ‘menyuruh’ mereka berbuat demikian. Jawapan yang boleh diterima.
Namun, tubuh mereka sebenarnya menyerap Qi sebagaimana manusia. Apabila karbon yang berada di sekitar mereka itu bercangkuk dengan Qi, maka ‘karbon mesej’ daripada Qi itu sampai kepada mereka supaya makan secukupnya dan ‘tidur’ tanpa berbuat apa-apa dalam tempoh hibernasi. Haiwan-haiwan itu pula tidak perlu merujuk kalendar untuk melihat bilakah tarikh hibernasi bermula, sebaliknya mereka sendiri akan tidur secara automatik apabila masa itu sudah tiba. Bagaimana haiwan-haiwan itu tahu apa yang perlu diperbuat untuk menghadapi hibernasi? Ia kerana mereka hidup secara sihat bersama kuantiti karbon yang seimbang.
Kalau mahu banyak karbon yang bercangkuk dengan Qi, tidak perlu menyedut asap kenderaan yang mengandungi karbon monoksida kerana ia akan menyebabkan keracunan, itu adalah perbuatan yang sangat tidak sihat. Hidup secara sihat dalam persekitaran yang seimbang adalah antara kunci terpenting dalam melatih minda untuk berkoordinasi dengan mesej karbon Qi.
Ritma pernafasan yang terbaik ialah ketika kita sedang tidur. Pada masa itu, oksigen disedut secara seimbang dengan karbon dioksida yang dihembus keluar. Ketika sedang berjaga pula, ada orang yang bernafas secara tidak teratur iaitu kadar sedutan oksigen masuk adalah lebih rendah daripada kadar udara yang dihembus keluar. Ada pula orang yang menyedut banyak dan menghembus sedikit sahaja. Ia tidak seimbang.
Berlainan ketika sedang tidur atau sedang cuba untuk tidur, kadar sedutan masuk dan hembusan keluar udara berada pada kadar yang seimbang pada waktu itu. Pernafasan yang teratur ketika berjaga juga sangat membantu kita menahan sakit apabila kita kesakitan, atas sebab itulah kita tidak akan merasa sakit akibat penyakit yang kita hadapi dan juga tidak berasa sakit walaupun digigit lipan atau kala jengking ketika kita sedang tidur kerana pernafasan kita teratur ketika tidur.
Oleh yang demikian, pernafasan yang teratur ketika sedang tidur atau semasa cuba untuk tidur sangat membantu dalam membolehkan sistem saraf dan otak menapis serta mentafsir setiap mesej berelektrik. Sekiranya minda dianugerahkan kebolehan yang luar biasa, mesej elektrik itu akan meletup semasa cuba untuk tidur atau selepas didatangi ‘mesej’ semasa tidur.
Letupan itu akan membuatkan tubuh seperti direntap dan seseorang akan terjaga daripada tidur. Mesej itu tidak akan terhenti di situ, jantung yang bergedup kencang selepas terjaga adalah faktor yang ‘mengesahkan’ mesej itu bukan sekadar mainan tidur. Otak akan segera menghantar isyarat kepada jantung kerana semua sistem tubuh akan digerakkan secara serentak jika mesej itu bukan sekadar ‘prank call’. Letupan itu adalah ‘ringtone’ istimewa apabila ada ‘mesej’ dalam ‘inbox’.
Sekiranya mesej tersebut tidak mampu ditafsirkan minda dan otak, maka mesej-mesej itu akan dipadam secara harmoni iaitu tanpa letupan. Harmoni di sini bermaksud tiada letupan renjatan elektrik tubuh yang berlaku.
Mesej dipadamkan secara harmoni daripada rekod minda kerana minda memproses semasa mentasir bahawa mesej itu tidak penting untuk direkodkan. Walaupun dipadam secara harmoni tanpa letupan, seseorang akan tetap merasai deja vu apabila mesej itu hadir dalam bentuk real-time dan beranggapan pernah berhadapan atau melihat sesuatu perkara yang sedang dilihatnya. Ia kerana seseorang itu pernah mendapat mesej itu, tetapi mesej itu dipadam secara harmoni tanpa kita sedari kerana tiada letupan yang berlaku untuk mengejutkan kita supaya mengingati mesej itu.

Mainan tidur?
Bacalah: “BismikAllahumma ahya wa amuud - wa - ash ha du an la ila ha il Allah -wa - ash hadu anna Muhammadun abduhu wa Rasuluh..”

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Powered by Blogger.

Search