Main Menu

Sunday 29 July 2012

Pembuktian (Bangsa Mim 12)



 

MELAYU ITU BANGSA MIM ?

Untuk meringkaskan cerita, bangsa MIM adlah bangsa asimilsi yang sentiasa ‘update’ waris keturunannya yang telah bermula sejak zaman nabi NUH a.s. Bangsa MIM sememangnya tidak hilang di dunia kerana ia sentiasa ‘ke hadapan dalam pencampuran bangsa-bangsa dunia. Boleh di katakan Bangsa MIM adalah bangsa UNIVERSAL atau bangsa dunia secara umumnya. Tapi terdapat syarat-syarat tertentu untuk melayakkan diri menjadi bangsa MIM yang tidak hilang di dunia (sunnatullah – tiap umat ada umur / matinya)


Kita ketahui bahasa sebelum british membawa masuk CINA dan INDIA, melayu pada masa itu adalah melayu yang tidak lagi berevolusi. Mereka tetap pada campuran yang sama yang bermula sejak zaman melaka lagi. Biarpun begitu, kemasukkan cina dan india oleh british membawa kepada evolusi ini. Meskipun begitu, evolusi kali ini kelihatan sedikit tegang kerana “yang datang tidak di jemput”, “yang datang tidak di sambut”. Tiada proses ‘give and take’ di lakukan. Oleh kerana itulah masing-masing membawa perkauman masing-masing. Mereka saling survival untuk menguasai tanah melayu ini. Para rahib india dan cina tahu mengenai rahsia di bumi melayu ini. Saya pernah terbaca satu artikel secara rahsia mengenai satu saudagar cina yang mana keluarga mereka datang untuk takluki ‘chi’ pada bangsa yang tidur ini dan seterusnya menjadikan mereka kaya dan terus kaya. Tidak terfikirkah anda kenapa kaum cina terus kaya dan kaya? India pula hanya di ladang-ladang tapi kini telah ramai jadi lawyer dan menguasai aktiviti pengangkutan dan keewangan serta perundangan ?


Tidak lain tidak bukan mereka di bantu oleh mereka yang ‘tahu; kerahsiaan’ di bumi bertuah ini. Tapi, ini tidka bermakna melayu itu ketinggalan kerana masih terdapat kerahsiaan yang tetap tersembunyi dan akan bangkit bila tiba masanya. insyallah. Berbalik pada MIM tadi, asimilasi terbaru ini juga menghasilkan ras baru yang di gelar sebagai CHINDA yakni INDIA+CINA tapi masih belum masuk islam. Jika sekali imbas, mereka seperti wajah kemelayuan akan tetapi mereka bukan islam. Dek kerana itulah pihak JAWI kadang-kala tersilap menangkap orang di taman-taman gelap. Bila cheak I.C, rupanya bukan muslim.


Jadi, inilah satu lagi asimilasi tapi masih belum lengkap syaratnya. Tambah pula di awal millenium, asimilasi terbaru bermula di mana bangsa-bangsa seperti Bangladesh, NEPAL, VIETNAM, AFRIKA dan lain-lain mulai bercampur di sini. Akibatnya, bertaburanlah nusa kemelayuan di seluruh dunia. Proses ini berjalan dan terus berjalan. Tapi, merekakah MIM ?!


“Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.” Bacaan Tahyat akhir dalam solat


Itulah kod tersembunyi di dalam solat seharian. Takkala kita membacanya, jari telunjuk kita akan di naikkan dan tahukah anda, ia membentuk apa? Jari telunjuk dan gengaman itu telah membentuk huruf MIM. Ini bermaksud, ahli rumah (ahlul bait) itu harus bersatu dengan waris dari IBRAHIM. Syaratnya KOD RAHSIA INI HARUS DI PEGANG sebagai kad identiti anda. Ianya bukan mainan atau ritual solat, tapi ia di jadikan dengan tidak sia-sia.


BUKTI – BUKTI LAIN


Bukti penerimaan agama islam di masa dulu amat jelas di mana, jika sesuatu kawasan itu akan di ambil alih oleh sesuatu yang tidak di sukainya, maka peperangan akan berlaku. Tapi, tidak di sini kerana islam telah datang dengan aman. Bagaimana ini boleh berlaku? Seperti saya katakan tadi, para rahib agama hanif di nusantara adalah yang tertinggi pangkat darjatnya. Maka, sudah tentu mereka tahu kedatangan kalki avatar, atau mahamad atau apa saja nama yang telah tertulis di dalam rig VEDA atau kitab lainnya tentang kedatangan nabi akhir ini. Takkala itu berlaku, bangsa beriman berdarah raja ini akan patuh menerima kerana mereka tahu sesuatu di hadapan akan berlaku. Kedatangan islam juga melahirkan wali-wali hebat di tanah melayu seperti wali 9 pertama, wali songo jawa, wali 7 dan sebagainya. Ilmuan mereka tidak dapat di sanggah lagi kerana jelas lagi bersuluh bahawa merekalah bangsawan dan ‘sultan’ dalam bidang agama dan kepakaran masing-masing. Tapi hairannya, kenapa ulama kini menidakkan wali-wali dahulu serta ajaran mereka. Biar apapun, ini juga berlaku dek kerana sejarah. Kedatangan ‘kaum muda’ pada lewat 1800-an dulu telah membenamkan para ‘kaum tua’ dengan bantuan kolonial dan sultan. Apapun, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai itu.


Bukti lain adalah bentuk ‘zakar’ yang setiasa wujud di muka bumi ini. Jika di lihat peta pentas sunda, kita akan dapat melihat bentuk ‘zakar’ atau ‘tanduk’ ini. Selain itu juga, bentuk yang sama ada di semenanjung arab. Akhirnya, ia jelas kelihatan dan bercantum dengan ‘tubuh badan’ dan terjadilah tanah melayu. Jadi, apa maksudnya ini? Anda sendiri cari, tapi yang pasti di dalam Al-quran ada menyebut banyak kali tentang ‘berfikir’ dan melihat tanda-tanda di sekitar kamu. Jadi, fahamilah ia.


Lidah paling universal juga adalah gelaran untuk melayu. Meskipun di dalam melayu terdapat rumpun-rumpun yang berbeza dialek, tapi mereka ini dapat bertutur bahasa lainnya dengan cukup fasih. Cuba bandingkan pertuturan bahasa inggeris antara cina, india dan melayu. Siapa lagi fasih. Pada mulanya saya ingatkan cina tapi, bila di teliti balik, cina tidak dapat bertutur elok tapi mereka bijak lantas terjadilah ‘sleng’ inggeris singapore seperti di dalam sitkom phua chu kang. Anda perasan ia?!


Bukti yang paling kukuh adalah kepelbagaian warna kulit dan wajah di dalam ‘melayu’. Jika anda ke satu tempat, rupa wajahnya seperti orang arab, tapi bila ke tempat yang lain, seolah-olah cina. Jadi, yang mana satu melayu sebenar? Ada juga Mamak yang mengaku ‘melayu’ tapi berang pula melayu yang lainnya. Jika nada fahami apa maksud melayu, anda akan dapat membentuk prinsip ‘menerima dan memberi’ di dalam persekutuan melayu ini.


Pergaduhan dalam mengiktiraf melayu mula terjadi-jadi takkala ‘divide and rule’ berlaku. Ini di tambah pula dengan kepartian politik yang mana frasa bangsa melayu mula di aplikasikan. Sedangkan bangsa Melayu tidak wujud. Yang ada hanyalah melayu. Cukup sekadar melayu kerana melayu itu bahasa dan melayu itu perlembagaan persekutuan kaum dan rumpun etnik dalam dunia melayu. Dek kerana itu jugalah Indonesia dan Malaysia tidak reda-reda lagi permasalahannya. Ini belum di tambah dengan masalah singapore dan selatan thailand. Jadi, di manakah silapnya?! Jika seluruh nusantara mengetahu apa itu melayu sudah tentu semangat kemelayuan ini akan bangkit kembali.


KAITAN DENGAN MASA DEPAN


“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan”. ayat 28, surah nuh


Pada era banjir besar dulu, NUH dan anak-anaknya menaiki bantera lantas di gelar ‘ahli rumah’. Asimilasi bangsa-bangsa yang sempat di selamatkan dan di bawa ke atas bahtera itu menghasilkan satu bangsa yang satu yang di gelar MIM. Di kalangan mereka adalah waris dari NUH a.s yang harus menjadi raja kerana haqnya. Hal ini seterusnya di bawa hinggalah ke hari ini. \Walaubagaimanapun, ia telah dirampas oleh mereka yang tiada haq. Dek kerana itulah bangsa ini sudah ‘tiada daulat’ dan islam umpama ‘buih-buih di lautan’.


Pernah dengarkah frasa ‘masuk jawi’? Frasa ini adalah perlambagaan tentang seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan di saksikan oleh beberapa orang sambil jari telunjuknya mengangkat lantas membentuk MIM. Jadi, orang dulu telah berpegang pada frasa “masuk islam, masuk melayu”. Dek kerana itulah islam utuh di zaman dulu dan tiada permasalah yang terjadi. Tapi kini tidak, semuanya mahu di ikut akal yang boleh mati dan terhad itu. Semuanya harus mengikut logik akal. Semuanya harus menuju permodenan dan barat. kalau nak jadi ulama harus ikut Arab sebab mereka adalah pilihan tuhan. Kegilaan apakah ini? Anda sendiri yang jawab.


Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”


Allah telah menjadikan pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenali. Tiap bangsa ada ketamadunan dan adat istiadat masing-masing. Islam itu pula bersifat universal. Jadi, tidak harus islam itu menjadi sebuah ritual keagamaan berdasarkan pak-pak arab kerana adat di sana dan di sini cukup lain. Yang penting adalah islam itu meresap masuk ke dalam kemelayuan lalu menjadi adat resam kemelayuanislam.


Berbalik pada ilmu segala yang telah di punyai oleh waris ADAM, ia tidak lah hilang tapi ia tetap di warisi sehingga kini. Meskipun begitu, hanya beberapa segolongan sahaja yang berhak memdapatkannya kerana amanah yang cukup berat dalam menjadi khalifah. Menjadi khalifah bukan perkara yang senang untuk di cakap-cakap. Anda harus tahu khalifah itu apa? Khalifah itu wakil ALLAH di bumi dalam memakmurkan langit dan bumi. Untuk menjadi khalifah anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk ‘menguasai’ yang lainya seperti jin, malaikat dan sebagainya. Jika tidak, anda hanyalah seorang raja semata-mata. Tahukah anda Khalifah itu ‘title’ yang sangat besar. Khalifah SULAIMAN merupakan antara raja yang dapat menguasai segalanya.


Kita di hujung akhir zaman ini memerlukan seorang khalifah yang tidak terkalah. Ini ada di sebut dalam hadis-hadis nabi yang menyebut mengenai kebangkitan islam nanti. Pemuda bani tamim itu tidak terkalah langsung bahkan hebatnya mereka ini mampu untuk mengoncang dan mendebuhanguskan gunung ganang. Nah, siapakah pemuda bani tamim ini. Biar saya beritahu anda satu rahsia. Meskipun ia rahsia, ia sudah tidak rahsia lagi kerana tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke akhir fasa kurun hijrah yang mana harus ‘seorang pembela islam’ akan muncul. Jadi, siapakah pemuda bani tamin itu?

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Powered by Blogger.

Search