Main Menu

Saturday 26 May 2012

Tenaga Bahagian 4


Ketika mata melihat

APABILA kamu memejamkan mata, apa yang kamu nampak? Adakah kamu hanya nampak semua menjadi gelap gelita atau nampak seperti ada cahaya lembut dengan warna tertentu yang berlegar di sekitar zon penglihatan yang dipejam itu?
Kalau hanya sekadar tidak nampak apa-apa semasa mata dipejam, ia perkara normal kerana mata memang tidak akan dapat melihat apa-apa benda apabila cahaya tidak menembus retina kerana kelopak mata ditutup rapat.
Namun, sekiranya ada kelihatan seperti awan nipis dengan warna tertentu yang berlegar di sekitar radius penglihatan yang digelapkan itu (disebabkan kelopak mata ditutup rapat), kamu sewajarnya mengambil tahu mengenai sebab warna yang lembut itu wujud ketika mata kamu dipejam pada waktu-waktu tertentu.
Warna itu kebiasaannya lembut, tidak terang dan bergerak perlahan seperti minyak yang timbul ke permukaan air. Cara ia bergerak itu pula berbeza-beza, tidak hanya satu jenis gaya pergerakan sahaja kerana cara ia bergerak bergantung kepada setenang mana kita melihatnya.
Warna cahaya itu juga kebiasaannya berlegar dalam suasana gelap. Dalam suasana gelap kerana ia hanya terpancar semasa mata kita dipejam, gelap kerana tiada cahaya yang masuk menembusi dan merefleks retina. Dalam kegelapan itu, akan terlihat ada cahaya berwarna lembut.
Ia bukan perumpamaan, ia benar-benar cahaya berwarna lembut yang dapat dilihat dalam suasana gelap semasa mata dipejamkan. Tidak perlu bimbang, tiada sebarang masalah dengan deria penglihatan. Sebaliknya bersyukurlah.
Itu ketika mata dipejamkan. Tetapi, ada satu lagi ‘jenis’ mata, ia pula berlaku semasa mata dicelik. Pernahkah mata kamu berasa seperti diselaputi sesuatu sehingga terlihat seperti ada benda lutsinar dalam berntuk-bentuk tertentu?
Objek yang lutsinar itu bagaimanapun tidak mengganggu penglihatan kamu. Ia hanya hadir secara berkelip-kelip sama ada dari kiri ke kanan atau atas ke bawah. Ada yang kelihatan seperti ais dalam bentuk tertentu sama ada memanjang, berlingkar dan sebagainya. Ada pula seperti bintik-bintik lutsinar. Hadirnya cuma pada waktu tertentu dan ia bukan terhasil akibat masalah penglihatan. Jika mengalami perkara itu, bersyukurlah.
Tetapi apakah cahaya berwarna lembut ketika mata dipejam itu, dan apakah pula benda lutsinar semasa mata dicelik itu? Dari sudut penjelasan dalam bidang psikologi, ia hanya sekadar memori warna yang terlekat pada minda apabila mata dipejamkan. Simpan kata kunci memori yang berkait rapat dengan minda. Terlebih dahulu, bersyukurlah dengan memuji kebesaran Allah dan belajarlah cara memanfaatkannya untuk kebaikan.
------------
Optical Blind Aurora (OBA)
Warna lembut yang hadir ketika mata dipejam itu kita istilahkan sebagai Optical Blind Aurora (OBA) kerana rupa ia kelihatan seperti aurora. Rupa dan cara pergerakannya hampir sama seperti cahaya aurora dalam warna-warna tertentu semasa langit sedang gelap seperti di beberapa kawasan berhampiran dua kutub. Istilah blind pula diletakkan kerana ia hadir ketika mata dipejamkan. Ia hanya sekadar istilah untuk mewakili.
Ia biasanya hadir dalam warna hijau, biru, ungu, merah, kuning, jingga dan coklat. Jika seseorang dihadiri warna ungu, maka dia seumur hidup pada waktu-waktu tertentu akan berpotensi dibayangi dengan warna itu apabila mata dipejamkan pada sesekian waktu.
Begitu juga kalau dihadiri kombinasi dua warna atau lebih, maka seumur hidup akan berpotensi didatangi warna itu. Ia adalah warna lembut, ia hadir dalam keadaan tidak cukup terang. Kewujudannya pula adalah sesuai dengan fungsi-fungsinya.
Aurora ini sangat bergantung kepada keadaan di mana kita sedang berada dan mengikut keupayaan yang berbeza-beza. Ada yang hanya didatangi aurora ini ketika memejamkan mata semasa berada di tempat gelap atau tempat kurang cahaya (samar-samar) sahaja. Ada pula yang hanya semasa memejamkan mata di tempat terang sahaja dan ada juga yang didatangi tidak kira dalam keadaan persekitaran gelap mahupun terang.
Ia hadir kerana mata dan minda terhitung dengan cara yang di luar penjelasan mana-mana disiplin perubatan moden. Mata dan minda terhitung dengan baik dalam menyimpan memori. Selanjutnya, kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan benda lutsinar yang hadir semasa mata dicelik kerana ia juga kebiasaan dialami individu jenis OBA.
-----------------------
Optic Code atau Orb Code (OC)
Ia juga hadir pada masa tertentu dan bukan sepanjang waktu. Kehadirannya tidak mengganggu penglihatan dan bukan sebagai satu masalah kepada deria penglihatan.Hadirnya dalam pelbagai bentuk dan berbeza mengikut orang yang mengalaminya.
Namun, persamaannya ialah ia kecil dan berkelip-kelip sambil bergerak dari kiri ke kanan, kanan ke kiri, atas ke bawah atau bawah ke atas. Bentuknya seperti kaca atau ais dengan warna lembut tetapi lutsinar. Warna itu pula adalah warna yang sama seperti aurora yang dialami seseorang.
Ia selalunya hadir dalam dua ‘unit’ sahaja. Contohnya, mata di sebelah kanan didatangi OC berbentuk seperti tiga bintik kecil dan mata kiri pula didatangi OC berbentuk seperti garisan berlekuk-lekuk. Apabila dipejam mata kiri, seseorang akan dapat melihat tiga bintik kecil. Apabila dipejam mata kanan pula, seseorang akan dapat melihat garisan berlekuk-lekuk. Apabila dicelik kedua-dua mata, maka akan nampak kedua-dua bentuk OC tadi. Tetapi apabila dipejamkan kedua-dua mata, maka OBA akan muncul.
Kehadiran OC ini berkat rapat dengan OBA. Dalam sesuatu keadaan, OC akan menjadi isyarat awal kepada seseorang yang akan mengalami OBA pada waktu itu. Ketika mata celik, seseorang didatangi OC terlebih dahulu dan kemudian memejamkan mata untuk melihat OBA yang hadir selepas itu.
Sememangnya ada manusia-manusia yang mengalami OC/OBA ini dan kedua-dua perkara itu kalau dimanfaatkan, akan memberi kelebihan kepada tingkat kemampuan minda untuk melakukan perkara yang di luar batas normal.
OBA bukan semata-mata melihat aurora semasa mata dipejamkan. Ia mampu membawa seseorang pergi lebih jauh bersama mata yang bersatu dengan minda. Manfaatkan ia dengan memuji kebesaran Allah dan memohon kepada-Nya supaya tidak tersesat semasa menerokai anugerah yang diberikan-Nya.
Orang-orang yang diberi ‘pengetahuan’ OBA sudah bergenerasi wujud di muka bumi. Ia pernah wujud di kalangan orang-orang beriman tauhid yang ikhlas menyepikan diri di tempat sunyi semata-mata untuk mengenal diri dan mengenal Tuhan.
Ia juga wujud di kalangan sami-sami serta ketua-ketua agama keduniaan, wujud sebagai anugerah kasih sayang-Nya kepada anak-anak kecil yang baru lahir dan wujud sebagai anugerah kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tidak kira sama ada beriman kepada-Nya atau tidak.
Apakah sebenarnya OC dan OBA itu. Apakah sebenarnya kelebihan yang ada di sebalik kedua-dua perkara yang hadir di ruang penglihatan itu? Ia hanya sebahagian kecil daripada segunung yang besar. Hanya secebis kecil daripada titik besar. Bukan pula perkara dongeng.
Buat masa ini, berehat dahulu di sini. Tunggu sehingga tubuh dan minda anda sudah berada pada tahap terbaik supaya tidak tergelincir semasa memikirkannya.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Powered by Blogger.

Search