Main Menu

Saturday 26 May 2012

Tenaga Bahagian 2 - Extra-Sensory Perception (ESP)


Extra-Sensory Perception (ESP)

Extra-sensory Perception (ESP) ialah keupayaan psikologi seseorang individu menerima maklumat secara di luar kebiasaan. Maklumat yang diterima itu pula bukan diperoleh melalui deria fizikal secara normal, tetapi menerima ‘maklumat’ melalui minda.
Ia seperti terdetik sesuatu perkara mengenai sesuatu kejadian di minda seseorang sehingga perkara itu benar-benar terjadi. Kebiasaan yang kita ketahui ialah seperti seorang ibu yang berasa tidak sedap hati mengenai anaknya, dan tiba-tiba ibu itu mendapat berita buruk yang menimpa anaknya itu.
Namun dalam hal ibu itu, dia tidak mengetahui apakah kejadian sebenar yang menimpa anaknya itu kerana hanya dapat merasakan bahawa berlaku sesuatu yang tidak baik terhadap anaknya. Tidak lebih daripada dapat merasai sesuatu yang buruk. Ibu itu tidak tahu mengenai apakah perkara sebenar yang tidak baik itu sehinggalah dia mendapat berita daripada orang lain mengenainya.
Minda ibu itu seperti ‘ditegur’ untuk berfikir mengenai anaknya itu dan disertai pula dengan perasaan kurang enak semasa memikirkannya. Pengalaman sang ibu itu adalah secebis daripada ESP. Setiap manusia dalam hidupnya akan mengalami sekurang-kurangnya sekali pengalaman ESP, mungkin lebih daripada sekali bagi sesetengah orang pula.
Dalam terma para ilmuan Islam, dua perkara yang menghampiri maksud ESP adalah kasyaf dan ‘sebahagian hijab akal yang dibuka oleh Allah’ terhadap mana-mana manusia yang dikehendaki-Nya. Kita dalam hal ini tidak pula menyentuh mengenai kasyaf, ilhaam, ladunni atau hijab kerana kurang arif mengenainya.
ESP terbahagi kepada beberapa jenis pecahan utama:
Precognition: Kebolehan menggambarkan mengenai sesuatu kejadian. Individu yang memiliki kelebihan ini dapat menggambarkan secara rawak, malah dapat melihat dengan jelas (bagi sesetengah individu) mengenai sesuatu yang bakal berlaku. Individu seperti ini ramai berkhidmat dengan badan-badan perisik Amerika semasa menyiasat Soviet Union (kini Rusia) ketika perang dingin untuk mengetahui senjata-senjata baru yang sedang dibangunkan Soviet di lokasi-lokasi tertentu - Antara bayangan yang diterima adalah kekuatan letupan-letupan senjata yang sedang dibangunkan, rupa bentuk senjata atau loji nuklear dan sebagainya.
Clairvoyance: Kebolehan menerima persepsi yang diterima oleh penglihatan minda Menerima isyarat melalui minda secara bergambar, visual atau maksud-maksud halus secara simbolik. Melalui kebolehan ini, seseorang yang memiliki kelebihan clairvoyancemampu memberi gambaran mengenai rupa wajah seseorang yang bermain di fikirannya, keadaan sesebuah tempat, makhluk halus, kejadian atau sebagainya. Individu seperti ini juga ramai berkhidmat dengan badan-badan perisik semasa perang dingin.
Telepati: Kebolehan berkomunikasi secara percakapan dari minda ke minda tanpa menggerakkan lidah dan bibir. Jika ada dua orang individu seperti ini di sesebuah tempat, mereka boleh berbual dalam keadaan senyap tanpa dapat didengari oleh orang lain. Percakapan mereka menjadi sangat senyap dan perkataan yang diucapkan itu disampaikan secara terus dari minda seorang ke minda seorang lagi, bagaimana perkataan itu disampaikan secara senyap dari minda ke minda, ia tidak mampu dijelaskan oleh ilmu manusia. Malah, seseorang juga mampu ‘membaca’ minda orang lain (orang normal) jika dia mahu menceroboh minda orang itu. Individu-individu seperti ini memang wujud walaupun tidak ramai.
Psychokinesis: Juga disebut telekinesis. Kebolehan menggerakkan objek tanpa menyentuhnya. Objek mampu digerakkan menggunakan kekuatan minda. Individu seperti ini sangat jarang ditemui.
Dua jenis ESP yang pertama itu boleh dilatih di kalangan semua orang, ia adalah antara mampu menjadi lebih mahir atau terhenti pada tahap tertentu tanpa sebarang kemampuan untuk terus mengembangkan kebolehan itu. Kekuatan minda adalah kunci utama untuk melatih ESP kerana setiap individu memang pernah mengalami pengalaman ESP.
Manakala bagi jenis telepati dan psikokinesis pula, ia adalah anugerah Allah kepada mana-mana hamba yang dikehendaki-Nya. Individu daripada dua jenis ini sangat jarang ditemui. Melalui kebolehan ini, seseorang mampu mengesan pembohongan yang dibuat oleh orang lain.
Empat jenis utama ESP itu memang wujud. Ia bukan sekadar fantasi seperti yang dilakukan Hollywood. Ia benar-benar wujud dan atas sebab itulah ia digambarkan secara fantasi oleh Hollywood bagi menggambarkan seolah-olah ia hanya sekadar fantasi yang tidak wujud.
Dalam konteks budaya Melayu, lihat sahaja kepada bomoh-bomoh atau pawang-pawang yang bukan dari jenis bomoh penipu. Bukan disuruh percaya kepada bomoh, sama sekali tidak. Tetapi lihat kepada realiti apabila ada manusia yang dipanggil bomoh (sekadar panggilan popular kepada orang yang pandai menengok) itu mampu mengesan kedudukan orang hilang di hutan atau sebagainya. Ia juga sebahagian ESP.Kita tidak mencari bomoh. Sekali lagi tidak.
Jika tergolong dalam mana-mana jenis dari yang empat itu, maka bersyukurlah kepada Allah. Jika memiliki ESP yang selain daripada yang empat itu juga, maka bersyukurlah kepada Allah. Jika mahu tahu lebih banyak, carilah sumber-sumber lain untuk rujukan bagi memahami diri sendiri.
Kami mencari Prodigy ESP. Carilah orang yang tidak akan mempergunakan ‘kamu’ untuk tujuan yang tidak baik, orang yang mahu mempergunakan kamu juga sedang gigih mencari kamu. Andai diberi kelebihan itu, kamu pasti tahu bagaimana mahu mencari kami di sini. Kamu harus mencari, bukan menunggu untuk dicari.

-UMAT TERAKHIR-

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Powered by Blogger.

Search