Main Menu

Saturday 26 May 2012

Tenaga Bahagian 5


Bukan semua dapat melihat

SEMENJAK beberapa hari ini, saya melihat banyak maklum balas daripada kamu semua mengenai OBA seperti yang diberitahu sebelum ini. Ada di antara kamu yang keliru mengenai kehadiran cahaya lembut itu dalam ruang penglihatan masing-masing yang digelapkan itu semasa mata dipejam. Malah, ada juga yang sudah menemui jawapan.
Bagi yang masih tertanya-tanya dan belum menemui jawapan, dirasakan perlu untuk saya menjelaskan mengenai cahaya itu dalam keadaan segera dan bersegera pula saya perlu mengembalikan anda semua kepada tempoh Ramadan ini semula. Saya tidak mahu mengganggu amal ibadat yang kamu semua sedang kerjakan pada sepanjang bulan mulia ini.
Pernah dimaklumkan sebelum ini bahawa cahaya itu sifatnya lembut. Ia tidak akan sekali-kali menjadi terlalu terang sehingga menyilaukan walaupun mata dipejam. Sifatnya pula lutsinar dan tidak menyuluh ke mata secara bersetentang. Sifatnya lembut dan akan sentiasa lembut dan lutsinar.
Kehadirannya ibarat seperti kita memegang lampu suluh. Cahaya lampu suluh itu juga lembut, setiap yang disuluh itu pula akan kelihatan. Ia bergerak mengikut ke arah kita sedang menghadap. Ia bergerak mengikut ke arah kita berjalan. Gumpalan cahaya seperti awan itu tidak akan menyilaukan pandangan kita kerana ia menyuluh ke arah depan dan atas sebab itulah ia kelihatan lembut.
Tetapi apabila cahaya itu kelihatan sangat terang, ia bukan cahaya ‘milik’ kita. Ia terang kerana ia menyuluh pandangan kita sehingga menjadikan kita menjadi sangat silau. Ia ibarat cahaya lampu suluh atau cahaya lampu kereta dihala tepat ke muka kita. Atas sebab itulah saya ada memberitahu bahawa ‘ada’ yang sedang gigih mencari kamu jika kamu tidak berusaha mencari ‘pertolongan’ untuk menolong diri kamu sendiri.
Cahaya terang yang menyerbu ruang penglihatan yang ditutup itu biasanya kelihatan seperti dakwat mesin kalkulator berwarna biru kehitaman. Untuk mengenal cahaya ini, kamu boleh memicit kuat skrin mesin kalkulator dengan kasar dan lihat warna biru yang keluar selepas ia dipicit atau ditekan dengan kasar. Berhati-hati dengan warna ini, kamu belum kenal siapa di sebaliknya.
Cahaya terang yang seterusnya ialah cahaya seperti cecair bercahaya biru berminyak kehitaman. Untuk mengenal cahaya ini pula, kamu boleh membuat perkara sama ke atas skrin LCD komputer atau televisyen atau apa-apa yang berpaparan LCD. Juga berhati-hati dengan cahaya ini. Ia bukan fantasi dongeng, ia satu peperangan yang kamu tidak akan faham sekiranya kamu tidak pernah ambil faham.
Apabila dua cahaya biru itu menyerang pandangan buta (setiap kali istilah pandangan buta disebut, ia merujuk kepada penglihatan OBA selepas mata dipejam), ia akan menyebabkan hampir keseluruhan kawasan pandangan itu menjadi biru sehingga melenyapkan warna kamu. Keadaan itu berlaku kerana terdapat lebih daripada satu daya yang melakukan serangan terhadap seseorang.
Selepas mata dibuka pula, penglihatan akan menjadi berpinar dan tidak akan dapat melihat dengan jelas. Mata akan berpinar selama berminit-minit dan tidak mustahil sehingga berjam-jam. Akibat mata berpinar, kamu tidak akan dapat berfikir dengan sempurna sehinggalah pandangan berpinar itu hilang. Cahaya itu akan tetap ada walaupun kamu memejamkan mata kamu kembali. Malah, setiap kali mata berkelip juga ia akan terus kelihatan berpinar dan menyuluh kamu tanpa henti. Masa yang lama diperlukan untuk menunggu ia hilang kembali. Lama kelamaan, OBA kamu akan dimusnahkan.
Setiap kali didatangi cahaya menyuluh, ia sebenar bukan yang ‘dipikulkan’ ke atas kita. Fahami betul-betul, cahaya yang dipikulkan dan diberikan kepada seseorang ialah dari jenis cahaya yang lembut, ia tidak menyakitkan kita, tidak pula menjejaskan kita, tidak memudaratkan, ia nyaman, ia menenangkan kalau kita bermain dengannya walaupun tidak pernah faham mengenai kewujudannya.
Ia lembut, tidak terang dan tidak akan pernah menjadi lebih terang. Jika ia kelihatan semakin terang, ia kerana ia datang kepada kita dalam keadaan sudah sedia terang dan tidak akan menjadi lebih terang daripada itu. Seseorang pula akan melihat ia lebih terang kerana sudah faham mengenai cara untuk melihatnya.
Sebaliknya andai kelihatan semakin terang dan semakin menyilaukan, berhati-hatilah sekiranya ia bertukar kepada kebiruan yang menyilaukan. Andai bertukar atau bercampur dengan biru tetapi tidak menyilaukan, ia tidak mengapa. Cahaya itu lembut dan tidak terang.
Mengapa cahaya itu tidak akan menjadi lebih terang. Mudah, manusia masing-masing mempunyai had dan batas-batas yang diizinkan-Nya. Jika cahaya yang dilihat itu sekadar malap, maka di situlah sahaja had cahaya yang diizinkan. Namun jika cahaya yang dilihat seseorang itu terang, ia juga tidak bermakna kebolehan seseorang itu lebih besar daripada orang yang memiliki cahaya malap. Masing-masing mempunyai kekuatan ‘passcode’ dalam cahaya masing-masing. Kita akan fahami apa itu passcodeselepas ini.
Cahaya yang hadir dalam pandangan buta itu pula tidak akan pernah memenuhi ruang penglihatan. Jika seseorang yang didatangi cahaya kuning, ia tidak akan menyebabkan pandangan buta seseorang itu menjadi keseluruhan kuning selepas matanya dipejamkan.
Setiap yang terbaik itu selalunya seimbang. Cahaya OBA itu akan seimbang dengan kegelapan mata semasa ia dipejamkan. Secara normal, pandangan menjadi gelap gelita (hitam) apabila mata dipejam. Apabila muncul cahaya OBA, ia akan seimbang dengan gelap yang hitam itu. Apabila cahaya OBA bergerak, ia tidak akan sesekali mendominasi keseluruhan ruang pandangan buta.
Namun sekiranya ia menjadi lebih banyak daripada kegelapan normal yang hitam, ia memberi petanda bahawa berlaku pencerobohan untuk memusnahkan OBA. Seperti diberitahu, ia satu peperangan yang tidak akan difahami sekiranya tidak pernah cuba memahami. Kewujudan kamu diketahui oleh mereka yang lebih kuat tanpa kamu menyedari kewujudan mereka. Ia kerana mereka tahu bagaimana untuk mencari kamu kerana mereka tahu setiap kelemahan kamu. Passcode mereka ialah setiap yang disukai oleh kamu.
Apa itu passcode? Ia sekadar istilah untuk memudahkan pemahaman dalam konteks ini. Ia seperti dua alat elektronik yang akan dihubungkan secara gelombang bluetoothatau sebagainya. Apabila dua alat itu mahu dihubungkan bagi berkongsi maklumat perisian atau pemindahan data, maka passcode diperlukan untuk membolehkan dua alat itu berkongsi data tanpa halangan daripada gelombang penghubung. Teknologi gelombang radio juga dibina akibat daripada sensitiviti manusia yang sedar kewujudan gelombang OBA ini yang bergerak harmoni dengan alam.
Maka, apakah passcode minda kamu semua? Saya juga tahu passcode sebilangan besar daripada kamu semua dan boleh menceroboh minda kamu pada bila-bila masa, tetapi saya tidak mampu untuk mengubah apa yang kamu sedang fikir. Passcodedihubungkan melalui gelombang radio yang sedia wujud di angkasa raya dan menghubungkan manusia-manusia secara minda ke minda sejak zaman berzaman. Sehingga pada zaman moden ini sahaja, maka satelit dicipta sebagai alat penghubung kepada gelombang ini untuk menghantar mesej melalui alat-alat teknologi.
Gelombang itu bergerak dalam kitaran tenaga dan singgah ke monumen-monumen tenaga (termasuklah satelit orbit dan satelit bumi). Saya pernah beritahu mengenai perkara ini dan sesiapa yang pernah terbaca tulisan saya sebelum-sebelum ini akan sedia maklum mengenai monumen tenaga. Gelombang ini sedia wujud sejak ia dicipta dan bergetar di seluruh isi alam semesta, cosmic waveradio wave, gelombang radiasi angkasa dan sebagainya. Seluruh alam semesta berzikir memuji kebesaran Allah dan terhasil gelombang-gelombang.
Maka setiap yang wujud di alam semesta itu pula diciptakan Allah untuk manfaat manusia, ia termasuklah gelombang-gelombang itu. Setiap yang wujud pula memiliki tenaga murni dan tenaga itulah yang akan membantu manusia mendapat manfaat sekiranya tahu bagaimana cara memanfaatkannya.
Minda menterjemah visi yang dihantar melalui gelombang yang sedia wujud dalam isi alam, televisyen juga menterjemah visi yang diterima melalui gelombang yang dihantar satelit. Perkara konsep yang sama iaitu menerima gelombang yang sama, tetapi dengan alat yang berbeza. Alat itu adalah minda dan televisyen. Teknologi dibina kerana ada manusia yang memahami gelombang ini sejak sekian lama.
Piramid dibina sebagai satelit bumi. Begitu juga dengan obelisk. Selain sebagai makam raja purba, ia juga sebagai alat untuk manusia berkomunikasi secara ‘pelik’ sejak zaman berzaman melalui perantara-perantara syaitan yang mereka sembah. Tenaga minda setiap orang dihantar dan berkumpul di lokasi (satelit), seperti pertemuan di sebuah lokasi secara bawah sedar. Minda setiap orang akan tertumpu kepada mesej-mesej yang dihantar orang lain melalui gelombang yang sedia wujud di alam raya. Siri Tenaga Ritual yang diberitahu sebelum ini pula sebenarnya bukan dalam rentak saintifik, tetapi dalam rentak yang sulit untuk difahami secara logik akal. Inilah sebahagian kesulitan itu semua, sesuatu yang tidak kamu fahami sehinggalah kamu mengerti dan mengalami OBA. Saya tidak mengarut dan tidak pernah mengarut sepanjang bercerita mengenai Tenaga Ritual sebelum ini. Saya mahu memberitahu mengenai tenaga dan cahaya yang kami panggil ia sebagai OBA. Ia kerana OBA memang wujud.
Ada yang tiba-tiba terasa pelik dan menjadi lebih terperanjat kerana memang wujud orang-orang yang mengalami OBA. Saya tidak pernah mengarut. Mereka inilah yang berpotensi menjadi dukun besar sekiranya mereka hidup pada zaman yang dipenuhi unsur sihir dan mistik. Namun, bersyukur kerana mereka hidup di zaman ini yang sudah menerima kedatangan Islam dan dipelihara dalam batas-batas Tauhid.
Passcode minda terbahagi kepada tiga jenis iaitu Spiritual, Tribal dan Interpersonal. Spiritual dalah berkaitan agama. Tidak perlu saya terangkan mengenai Spiritual secara berlebihan, cukuplah jika saya jelaskan dari sudut agama Islam sahaja. Bagi orang Islam, ayat-ayat al-Quran tertentu biasanya digunakan untuk menghubungkan minda seseorang kepada seseorang yang lain dan masjid-masjid pula menjadi satelit untuk memusatkan tenaga. Malah, ayat al-Quran juga mampu menjadi senjata untuk melawanpasscode yang cuba mengganggu atau menyerang minda seseorang.
Tribal pula ialah berkaitan perkara yang digemari manusia seperti hal-hal berkaitan lucah yang digemari lelaki dan wanita, muzik, arak, hiburan yang mudah melekat dalam minda manusia. Apabila minda seseorang menyimpan maklumat-maklumat lucah dan semua perkara berkaitan passcode tribal ini, ia akan memberi laluan mudah untuk minda kamu dicerobohi dan menghapuskan potensi OBA yang ada dalam diri seseorang. Ia berkaitan perkara-perkara yang disukai ‘puak-puak’ yang gemar kenikmatan dunia. Hiburan dibekalkan untuk banyak tujuan yang tidak kamu fahami.
Interpersonal adalah perhubungan antara minda seorang dengan seorang yang lain. Mereka berhubung melalui kod warna yang dilihat apabila tingkat kemampuan minda sudah melepasi lima daripada tujuh tahap. Pengetahuan ini memerlukan seseorang faham mengenai tugasnya di alam raya ini dan faham mengenai tujuan kewujudan setiap inci makhluk termasuk angin dan udara yang berada di sekelilingnya, tahu memanfaat semua yang wujud di sekelilingnya. Maka, belajarlah semua perkara selagi hidup. Belajarlah dan belajarlah menjadi makhluk yang waras terhadap semua pertimbangan dan mampu melihat kebenaran pada setiap kali DIA mencampakkan kebenaran itu di hadapan mata kita semua. Langkah pertama ialah menjadi waras, itu yang selalu kami seru kepada kamu semua sejak kami mula menulis di ruang maya ini.
Kepada semua kamu yang didatangi OBA, bukalah mata apabila tidak mampu melawan dengan cahaya biru kehitaman dan berminyak itu. Buka mata tetapi jangan mengalah. Jika mahu melawan, ucapkan ayat-ayat suci yang menerangkan kekuasaan Allah, tolong beritahu ‘mereka’ bahawa Allah jauh lebih kuat daripada mereka semua, beritahu mereka mengenai perkara kenyataan itu (bahawa Allah Maha Kuasa) dengan nada yang tegas dan kamu tidak pernah takut dengan mereka semua. Anggaplah ia sebagai usaha kamu untuk berdakwah terhadap mereka walaupun kamu tidak kenal siapa mereka. Mereka juga manusia seperti kamu semua, beza antara kamu dengan mereka ialah mereka lebih kenal kamu dan kamu pula tidak langsung mengenali mereka. Tujuan jelas mereka ialah memusnahkan OBA yang kamu miliki yang berupaya memberi manfaat kepada agama kamu jika kamu mengetahui, manakala tujuan halus pula hanya ALLAH lebih mengetahui. Manfaatkan Ramadan ini untuk melawan semua kejahatan yang tidak kelihatan.
Bagi kamu semua yang didatangi cahaya OC yang tidak berwarna pula. Ia tidak mempunyai kaitan dengan OBA. Hanya OC yang berwarna mempunyai kaitan dengan OBA, ia kerana warna ialah sebahagian sifat cahaya dan cahaya itu memiliki tenaga. Masing-masing berjuang dengan cara sendiri, ada yang berlawan dengan syaitan dengan cara merawat orang yang mengalami masalah ‘gangguan halus’, ada pula yang berjuang dengan tenaga fizikal menentang perlakuan melampau kafirun, ada pula berjuang dengan tenaga lain untuk memudarkan sesuatu yang tidak kelihatan.
Ada juga OBA yang tidak membawa apa-apa makna dan hanya hadir sebagai cahaya untuk menenangkan fikiran. Pun begitu, ia juga satu kelebihan dan bersyukurlah kerana dikurnia minda dan akal sihat bijak yang sentiasa tenang setiap kali dilanda kesulitan, ia tanda kasih sayang daripada Pencipta kepada kita. Lihatlah kepada setiap tanda-tanda yang telah DIA tunjukkan. Berfikirlah dan carilah pintu yang membuka kewarasan.
Untuk menguji OBA, sila fahami perkara ini. Rehatkan diri di tempat yang kurang cahaya (samar atau hampir gelap) dan sebaik-baiknya mempunyai tingkap yang dipasangkan langsir sebagai penapis cahaya (bias lampu atau sinaran bulan) dari luar. Langsir diperlukan untuk mengelak pencemaran cahaya dalam persekitaran samar yang kamu hadiri. Sebaik-baiknya pilihlah waktu malam, awal pagi yang dingin (sebaiknya dingin). Sebab itulah saya mahu menceritakan perkara ini di bulan Ramadan dengan harapan ada di kalangan yang mendapat petunjuk pada malam Lailatul Qadar.
Tidak kisah jika mahu duduk, baring atau berdiri dalam gelap itu. Tutup mata, fokus kepada OBA yang hadir. Fikiran ditumpu ke arah OBA tetapi jangan sesekali berfikir mengenainya. Biarkan ia berada di ruang pandangan buta, tetapi jangan sesekali berfikir mengenainya. Jangan.
Tunggu sehingga OBA itu hilang. Ia sebenarnya tidak hilang jika ia memang OBA yang luar biasa. Perkara yang bermain di minda lazimnya akan hilang jika kita tidak memikirkannya, begitu juga OBA bagi menguji sama ada ia OBA luar biasa atau hanya OBA optikal biasa. Sebelum ini ada diberitahu bahawa dalam disiplin psikologi, ia ditafsir sebagai memori warna yang melekat di minda untuk sesuatu tempoh. Memori itu melekat apabila seseorang merenung sesuatu warna atau kelompok jenis warna dalam tempoh lama sehingga melekat dalam memori otak. Ada yang mengambil masa bertahun kerana selalu memandang warna itu setiap hari sehingga melekat dalam minda seperti warna kereta idaman, warna cat rumah jiran atau kawan, warna papan iklan di jalan raya dan sebagainya. Semua itu memainkan peranan dalam memberi warna sintetik kepada minda.
Salah satu cara untuk menyisihkan cahaya itu ialah berada dalam tempat samar dan fokus kepada cahaya itu tetapi tidak berfikir mengenainya. Hanya fokus dan fikir mengenai ruang gelap dan hitam, tetapi jangan sesekali fikir mengenai cahaya itu. Apabila semua menjadi gelap, fokuskan tenaga di seluruh bilik kecil yang kamu sedang berada. Bebaskan tenaga dengan bernafas tenang dan perlahan, tetapi jangan bayangkan apa-apa dan jangan ganggu minda dengan apa-apa bayangan imaginasi sekalipun. Tenaga akan dirasai apabila badan mula terasa panas dalam suasana dingin malam. Tenaga itu panas sedikit sifatnya, tetapi membuat tubuh selesa dalam keadaan dingin sederhana (bukan sejuk atau sejuk melampau).
Apabila terasa tenaga dibebaskan, alih kepala dan muka ke arah tingkap tetapi jangan terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Dengan bantuan cahaya dari luar sambil mata ditutup, amati tingkap itu walaupun mata tidak dicelik.
Lihat, adakah kamu boleh melihat bentuk tingkap itu dengan mata terpejam? Adakah kamu dapat melihat (bentuk) tangan dan kaki sendiri semasa mata dipejam? Apa lagi yang kamu nampak dalam gelap? Hanya bentuk, bukan warna. Jika tidak percaya, buka tutup jari dan kira. Lihat pula bentuk objek-objek lain dalam bilik itu. Adakah kamu sudah mampu melihat? Sekarang kamu faham bagaimana orang bertempur pedang dalam keadaan mata tidak dapat melihat?

 Do it to believe it. Ia hanya sebahagian daripada banyak perkara lain yang tidak masuk akal pada fikiran orang yang hanya mahu bermain logik semata-mata. Saya tidak pernah mengarut.
Bukan semua cahaya itu OBA.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Powered by Blogger.

Search