Main Menu

Saturday 26 May 2012

Tenaga Ritual: Bahagian Asas 1


Tenaga Ritual: Bahagian Asas

Definisi tenaga:
“Kapasiti daya kekuatan akibat hasil rangsangan sumber-sumber tertentu melalui kaedah-kaedah tertentu seperti makanan, air, cahaya matahari, kilat, angin, ombak, arang batu, sumber fosil atau sebagainya yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti fizikal atau operasi mesin.” – British Columbian Encyclopedia.
---
Definisi ritual:
“Upacara keagamaan di sesuatu lokasi penyembahan tertentu yang memerlukan elemen-elemen tertentu dalam sesebuah kepercayaan seperti perbuatan, percakapan, kelakuan atau bacaan yang dianggap suci bagi melengkapkan upacara agama termasuk yang dilakukan secara rutin atau bermusim.” – Encyclopedia of Spiritual.
Dalam Islam, kita menamakan ia sebagai ibadah dan ibadah mempunyai maksudnya yang tersendiri, ia bukan sekadar ritual.
---
Definisi ibadah menurut sumber Islam:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya.” - (Quran, al-Zariyat: 56-58)
“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”. - (Quran, al-An’am: 162)
“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.” -(Quran, al-Sajadah: 16)
“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah.” - (Quran al-Hasyr: 21)
Sabda Rasulallah“Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Islam menerusi al-Quran menetapkan maksud ibadah dengan sangat jelas, mencakupi perbuatan, keimanan, ketakwaan, perasaan takut kepada Allah Maha Satu, ketaatan dan berserah diri kepada Allah supaya ditaati oleh manusia, jin dan segala makhluk yang ada di langit dan di bumi.
— Jadikan definisi dan petikan al-Quran serta hadis yang disebutkan di atas sebagai bekal untuk memahami topik ini. –
Sandarkan juga pemahaman anda terhadap perkara-perkara ini sebelum mengikuti topik ini:
Untuk memahami topik ini, kita juga harus sandarkan pemahaman kita terhadap keperluan beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta amalan-amalan yang digariskan dalam Islam. Kita sebagai umat Islam sedia maklum bahawa mengamalkan bacaan ayat-ayat tertentu mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Sandaran pertama: Kita percaya bahawa dengan membaca ayat Kursi dalam surah al-Baqarah boleh menghindar diri kita daripada gangguan jin dan syaitan kerana khasiatnya yang mampu membakar jin dan syaitan yang kafir sehingga rentung. Namun adakah kita nampak seolah-olah ada peluru atau laser yang keluar menembak jin-jin kafir itu semasa kita membacanya? Kita tak nampak semua itu kan?
Sandaran kedua: Kita percaya bahawa laungan azan pada setiap kali masuk waktu solat juga mempunyai khasiat menghalau jin kafir dan syaitan yang berkeliaran di setiap sudut dunia untuk menyesatkan manusia. Malah jika anda perhatikan, kebanyakan bayi (tidak kira bangsa atau agama) yang di bawah umur setahun akan terdiam seketika daripada menangis atau ketawa pada setiap kali azan dilaungkan, malah jika kita perhati, bayi itu mengamati keindahan azan (kerana hatinya diciptakan bersih). Tetapi, adakah kita nampak seolah-olah ada kereta kebal bergerak laju menghalau jin-jin kafir semasa azan dilaungkan? Juga, adakah kita nampak seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan bayi itu tenang dan diam mengamati keindahan azan semasa ia berkumandang?
Sandaran ketiga: Kita percaya bahawa setiap amalan baik oleh setiap hamba yang soleh akan diangkat oleh Allah untuk dihisab sebagai pahala. Manakala setiap amalan buruk yang mendatangkan dosa pula akan terawang-awang di langit menunggu waktu kita bertaubat sebelum mati dan mendatangkan kemurkaan Allah (dosa akan terhapus apabila bertaubat nasuha, insya-Allah dengan kehendak Allah), dan jika tidak sempat bertaubat, amalan buruk itu akan diangkat menjadi dosa yang menunggu azab. Mohon maaf jika sandaran ketiga ini silap.
Sandaran keempat: Setiap amal ibadah memerlukan tenaga untuk disempurnakan, solat perlukan tenaga, puasa perlukan tenaga, zikir perlukan tenaga. Hasil memanfaatkan tenaga yang diberikan oleh Allah untuk melakukan perbuatan yang diredhai-Nya akan dibalas menjadi pahala. Ringkasnya, guna tenaga ke jalan Allah akan mendatangkan pahala (dengan izin Allah). Pahala hasil dari tenaga yang digunakan itu akan diangkat ke langit sebagai amalan soleh. Pahala (hasil tenaga positif) naik ke langit. Juga mohon maaf jika sandaran keempat ini salah.
Sandaran kelima: Setiap perbuatan mungkar (mengabaikan perintah Allah) juga memerlukan tenaga, berzina perlukan tenaga, membunuh juga perlukan tenaga, minum arak juga perlukan tenaga, menyembah syaitan juga perlukan tenaga, memaki hamun juga perlukan tenaga. Penggunaan tenaga di jalan salah akan bertukar menjadi dosa. Dosa hasil dari penggunaan tenaga di jalan salah akan terawang-awang di langit dan mengundang kemurkaan Allah. Dosa (hasil tenaga negatif) mengundang kemurkaan Allah. Malah akan mendatangkan malapetaka (termasuk kiamat) sebagai balasan perhitungan kepada manusia dengan kehendak-Nya. Juga mohon maaf jika sandaran ini juga salah.
(sandaran-sandaran juga ini akan diguna dalam sambungan-sambungan topik Tenaga Ritual) (kami tidak paksa anda percaya 100 peratus, hanya Allah yang lebih mengetahui mengenai kebenaran sandaran-sandaran ini)
Selamat datang ke topik mistik dan sedikit saintifik.
----------
Pelajaran pertama: Monumen Tenaga
Kita sudah tahu siapa yang membina piramid, tetapi adakah kita tahu jenis batu yang digunakan untuk membina piramid? Menurut ahli arkeologi Dr. Philip Calahan dalam kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great Pyramids, piramid Mesir dibina dengan menggunakan batu kapur yang bersifat magnetik, yang mampu menjana tenaga.
Dr. Calahan menambah, bentuk bucu piramid sama ada monumen sejarah ataupun piramid moden pula mampu mengumpul setiap tenaga di sekelilingnya untuk menjana tenaga magnetik sebelum tenaga-tenaga itu dibebaskan ke ruang udara secara berterusan.
Kajian yang dibuat Dr. Calahan itu kemudian disokong oleh pakar janakuasa elektrik, Mary Hardy dan Dean Hardy di Amerika. Dalam eksperimen mereka, sekeping wang syiling emas digantung menggunakan tali secara setentang dengan bucu sebuah model replika piramid, dalam piramid itu pula diletakkan sebutir berlian, dan mereka kemudian mengalirkan aliran elektrik dalam jumlah yang sangat minimum di sekitar tapak piramid itu. Beberapa jam kemudian, syiling emas itu mencair seperti minyak walapun jumlah arus elektrik itu sangat sedikit. Mereka kemudian membuat kesimpulan, piramid mampu menyerap semua tenaga (termasuk elektrik dari kabel-kabel bawah tanah) untuk dihala ke ruang angkasa dan menjadi satu tenaga baru yang lebih besar daripada sumber asal (elektrik), malah mampu mencapai infiniti jika sumber asal itu juga besar kuantitinya.
“Rahsia terbesar dalam pembinaan piramid ialah untuk menjana tenaga, ia bukan sekadar makam raja-raja firaun. Mungkin orang Mesir dan Mayan mampu menjana elektrik ketika zaman mereka. Orang Mesir mungkin pernah memanfaatkan tenaga solar atau angin, penjanaan elektrik pula dibantu dengan batu-batu permata berlian yang disemadikan bersama mumia raja-raja.” – Hardy & Hardy.
Mary Hardy dan Dean Hardy juga menyokong pendapat Dr. Calahan mengenai fungsi pelbagai guna yang dimiliki piramid. Piramid mampu memanipulasi semua unsur tenaga elektrikal yang ada di sekelilingnya, ia turut mampu memanipulasi tenaga manusia yang berjalan atau berlari di sekitarnya. Tenaga yang dikumpulkan itu akan disalur ke ruang langit sebagai vortex dalam jumlah yang berganda. Jelas Hardy & Hardy lagi, kemampuan mengalirkan tenaga vortex pula bukan hanya tertumpu kepada binaan berbentuk piramid, malah juga yang berbentuk kon, atau apa-apa sahaja jenis bentuk binaan, asalkan ada bucu di atasnya (obelisk, monolit, minaret dan sebagainya). Ia mampu menjana vortex. Unsur tenaga vortex pula mampu bertindak seperti ‘black hole’ di ruang angkasa lepas yang mempercepatkan pergerakan masa.
Black hole ialah fenomena angkasa lepas di mana berlaku tarikan graviti (rujuk nota UFO dan Kod Hukum Graviti di bawah) yang menyedut semua bintang di sekelilingnya. Ia adalah satu tarikan graviti yang sangat kuat yang membawa kepada kemusnahan bintang-bintang. Malah, sekiranya kapal angkasa memasuki ruang black hole pula, kapal angkasa itu akan melalui perjalanan yang sangat pantas (merentas masa) sehingga memasuki galaksi lain dalam masa yang sangat singkat, masa yang diambil adalah lebih singkat daripada perjalanan yang tidak melalui black hole, itu pun sekiranya kapal angkasa itu terselamat daripada hentaman bintang-bintang yang disedut masuk ke dalam black hole.
------------------------------------------------------------
-----------NOTA GRAVITI dan UFO-------------------
UFO & Kod Hukum Graviti
[Ahli fizik dan jurutera aeronotik berbangsa Bulgaria, Vladimir Terziski dalam kajiannya mendedahkan, pihak Nazi menyimpan rahsia terhadap senjata sulit berbentuk seperti cakera terbang anti-graviti yang mampu mencapai kelajuan 1200 batu dalam hanya satu jam yang dibangunkan pada tahun 1939. Terziski turut menjelaskan bahawa terdapat satu lagi prototaip piring terbang dilengkapi senjata laser milik Nazi yang mampu mencapai kelajuan 2500 batu sejam dan dibina pada sekitar tahun 1941 iaitu ketika dunia berada di ambang Perang Dunia Kedua.
Jurutera Bulgaria itu melalui pendedahan kontroversi turut mendedahkan bahawa prototaip jentera terbang anti-graviti yang dijadual dibina pada 1941 tersebut kemudian dibangunkan untuk proses upgrade oleh pihak Amerika selepas tamat Perang Dunia Kedua. Prototaip itu kemudian dibawa ke Amerika dan menjadi asas kepada penciptaan lebih banyak senjata dan jentera perang yang canggih. Pada masa yang sama turut mencipta ‘spy probe’ berbentuk seperti UFO untuk tujuan intipan. Teknologi ini sudah berkembang di Amerika sejak akhir 1940-an.
Malah, Terziski turut mengaitkan pembinaan prototaip piring terbang di Jerman itu mempunyai pertalian dengan satu gerakan sulit di negara itu, iaitu Vril Society yang turut dianggotai Hitler. Vril Society dikatakan menyediakan dana melalui ‘hidden financial group’ yang menyediakan dana kewangan dari sumber yang tidak diketahui bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan piring terbang bagi kegunaan perang.
Fasa pengujian prototaip tersebut yang bermula pada 1934 bagaimanapun terhenti apabila isu holocaust mula tersebar di Eropah, penyebaran isu itu menyebabkan pihak Nazi terpaksa menggunakan segala dana kewangan bagi membaiyai usaha menjadikan peristiwa holocaust tampak benar, menjadikan ia kelihatan benar-benar dahsyat untuk mewujudkan kesan simpati masyarakat Eropah terhadap bangsa Yahudi yang membawa kepada kesudahan penubuhan negara Israel. Kesannya, proses penyelidikan dan naik taraf terhadap prototaip UFO terhenti disebabkan kekurangan dana (atau Jerman hanya ditugaskan untuk membangunkan prototaip sahaja) dan kerja upgrade terhadap UFO kemudian disambung oleh Amerika sebaik tamat Perang Dunia Kedua.
Namun, teori konspirasi yang dibuat oleh kebanyakan pihak yang mengatakan bahawa UFO yang kerap dilihat di ruang angkasa adalah senjata ciptaan Jerman dan Amerika mula dinafikan oleh Amerika sendiri. Maka, timbul satu penjelasan di kalangan ahli kaji sejarah di Amerika yang menjelaskan bahawa UFO dan makhluk asing telah wujud sejak zaman awal sejarah lagi. Ia adalah usaha untuk menafikan penglibatan Amerika dan Jerman dalam projek pembinaan senjata rahsia.
Penjelasan daripada ahli kaji sejarah mengenai kehadiran UFO sejak zaman tamadun awal turut tidak terlepas daripada menjadi bahan kajian oleh ahli-ahli sejarah yang berfikiran skeptikal. Kajian terhadap UFO dalam tamadun awal yang dibuat oleh ahli sejarah berfikiran skeptik ini membuka kepada penemuan fakta yang menarik. Ia adalah penemuan terhadap kod yang menyerupai kod-kod seorang lelaki dari Atlantis. Kod-kod itu terpampang pada setiap ukiran dan tulisan purba, malah mengandungi formula sains yang sangat kompleks (pengetahuan rahsia?) yang melampaui zaman.
Pada tahun 1938, kisah mengenai artifak batu Dropa yang ditemui di pergunungan Baiankara-Ula di sempadan China dan Tibet mula menjadi tumpuan dunia arkeologi selepas berita mengenai artifak pelik yang ditemui penduduk tempatan di situ menimbulkan tanda tanya penduduk tempatan. Ekspedisi arkeologi yang diketuai Chi Pu Tei ke kawasan yang pernah dihuni masyarakat primitif menemui fakta bahawa ukiran berbentuk UFO yang ditemui di situ telah diukir pada kira-kira 10,000 hingga 12,000 tahun lalu.
Di dinding gua itu pula diukir pictogram mengenai kedudukan matahari, bulan, bintang-bintang utama dan bumi dalam bacaan skala yang tepat. Chi Pu Tei melalui kertas kerjanya bertajuk “The Dropa Stone” berpendapat bahawa ukiran itu dilukis atau diilhamkan oleh seseorang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu kaji bintang. Kajian oleh Chi Pu Tei kemudian disokong oleh kumpulan arkeologis dari Perancis yang dianggotai Sarah Fishberg, James Langley dan Isaac Jacob melalui kajian mereka bertajuk Le Sacre Devoile dalam bahasa Perancis.
Kemudian pada tahun 1962, Dr Tsum Um Nui meneruskan kajian untuk mengkaji maksud tulisan motif kuno yang terdapat pada dinding Dropa. Um Nui turut berpendapat, ukiran berbentuk huruf dan perkataan yang berada di dinding yang sama dengan ukiran UFO diukir itu berusia kira-kira 12,000 tahun. Kajian terhadap batu Dropa tidak dapat disangkal lagi kerana sudah terdapat 3 pendapat yang selari sehingga tempoh kajian berterusan dilakukan sehingga 1962.
Sepanjang kajiannya, Um Nui berhadapan pelbagai persoalan terhadap imej UFO yang terpampang di dinding gua tersebut. Salah satunya ialah, bagaimana orang primitif mampu menulis huruf yang mengandungi mesej saintifik dalam saiz yang sangat kecil, hanya boleh dibaca apabila menggunakan mikroskop. Ia adalah tulisan bersaiz mikroskopik, sangat kecil.
Um Nui turut mengaitkan ukiran perkataan dan imej UFO tersebut dibuat oleh masyarakat primitif atas tujuan ritual dan keagamaan, malah turut mengaitkan ukiran tersebut dengan ‘tunjuk ajar’ daripada seseorang yang lebih maju dan terkehadapan.
Manakala dalam tamadun Mesir purba pula, mitos mengenai ‘bot terbang’ atau ‘bahtera terbang’ yang digunakan firaun-firaun untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain bukanlah sesuatu yang asing kepada pengkaji sejarah tamadun purba itu. Imej makhluk aneh menyerupai makhluk asing yang kita selalu lihat di televisyen hari ini juga terpampang di dinding-dinding piramid dan istana Mesir purba.
Laporan yang dibuat oleh Discovery Channel mengenai kod-kod UFO dalam tamadun purba pula merumuskan bahawa, ukiran-ukiran yang mempunyai unsur UFO yang terdapat di Mesir mengandungi kod saintifik yang sangat terperinci dalam menjelaskan konsep hukum graviti. Malah, kod-kod tersebut banyak diselit pada dinding ukiran yang menceritakan riwayat Horus The One-Eyed Sun God, juga pada dinding ukiran yang menceritakan riwayat Ra, dan riwayat Osiris.
Di sini, kita boleh membuat kesimpulan dengan mengaitkan motif golongan elitMerovingian (elit Gog & Magog) memperluas empayar jajahan ketika zaman imperialism dan kolonialism adalah untuk menjejak pengetahuan-pengetahuan saintifik yang dimiliki tamadun kuno mengenai hukum graviti yang ditinggalkan Dajjal melalui artifak-artifak kuno. Dengan sebab itu jugalah kerja-kerja mengekstrak manuskrip sejarah giat dijalankan ketika era imperialism. Teori graviti ini kemudian dikembangkan Isaac Newton ketika era Enlightenment (perkataan enlightenment juga adalah sama maksud dengan illuminated) dalam penjelasan sains moden yang membawa kepada penciptaan jentera terbang moden sehingga membolehkan Wright Brothers mampu memecah hukum graviti melalui penciptaan kapal terbang.
Juga menjadi asas kepada Jerman untuk mengembangkan pengetahuan graviti dalam mencipta UFO. Mungkin dan tidak mustahil jika artifak kuno dari Sumeria, Babilon, Assyria, China dan Mayan juga mengandungi pengetahuan terhadap hukum graviti dijelaskan secara terperinci, melangkaui zaman. Kita melalui topik Jejak-jejak Dalam Sejarah sebelum ini juga sudah membongkar siapa yang berselindung di sebalik tamadun-tamadun itu, maka pengetahuan itu juga datang daripada sumber yang sama, ilmu yang diperturunkan Dajjal melalui mesej yang cryptic dan halus kepada pengikutnya. Mesej itu pula hanya difahami oleh keturunan pengikut setianya sejak zaman berzaman.
Agenda UFO digerakkan secara halus untuk memerangkap manusia supaya mempercayai kewujudan makhluk asing.
Mempercayai makhluk asing juga akan menjerumuskan manusia kepada mempersoalkan kewujudan Tuhan dan mempersoalkan bahawa ‘jika benar makhluk asing wujud, tuhan mana yang makhluk asing itu sembah?’ ATAU ‘jika makhluk asing itu tidak menyembah Tuhan, maka wujudkah Tuhan?’ ATAU ‘jika benar Tuhan wujud, mengapa tuhan tidak menceritakan mengenai makhluk asing melalui para nabi-nabi?’ DAN banyak lagi persoalan yang cuba disogok oleh Yahudi untuk menjadikan manusia ragu-ragu terhadap kewujudan Allah.
Usaha menjadikan manusia percaya terhadap makhluk asing ini sentiasa disogok Hollywood melalui cereka sains fiksyen angkasa lepas. Dan, pada masa yang sama Kerajaan Amerika bermain wayang menafikan kewujudan makhluk asing bagi menampakkan seolah-olah mereka menutup rahsia mengenai penemuan UFO dan makhluk asing. Ia adalah satu sistem untuk memaksa kita mempersoal kerajaan Amerika yang dilihat seolah menutup rahsia UFO, dan menjadikan kita percaya kepada kewujudan makhluk asing secara tidak langsung hasil daripada pertikaian yang timbul akibat mempersoalkan hal kerahsiaan kerajaan Amerika.
Dalam satu laporan di laman web News Kerala pada 18 Disember 2009 (rujuk), mendedahkan mengenai objek terbang di angkasa menyerupai UFO di sekitar ruang udara di Moscow, Rusia yang berjaya dirakam Russian TV Network. Berdasarkan maklumat orang awam yang menyaksikan UFO tersebut, ia menyerupai kapal angkasa berbentuk seperti piramid yang terbang bebas melintasi Moscow.
Manakala dalam laporan FOX News Online dan akhbar The Sun di United Kingdom pula melaporkan sebuah UFO dikesan di satu kawasan di Iran ketika negara itu melakukan ujian peluru berpandu Shahab III pada 6 Oktober 2009.]

---------------NOTA TAMAT------------------------
--------------------------------------------------------
[Dalam nota SISTEM DAJJAL: UFO dan Kod Hukum Graviti yang diterbitkan sebelum ini, kami di blog Umat Terakhir bukan mahu bercerita mengenai alien itu sebenarnya jin dan syaitan. Tapi kami mahu anda faham mengenai kod-kod hukum graviti yang ditinggalkan Dajjal melalui binaan piramid dan artifak sejarah. Pengetahuan graviti yang ditinggalkan Dajjal dan kemudian dikembangkan Isaac Newton adalah supaya Dajjal dapat menyampaikan mesej mengenai kemampuan graviti merentas masa, atau membuka pintu dunia ghaib.]
--------------------------------------------
Piramid menghasilkan vortex, vortex pula mampu bertindak seperti black hole, dan black hole pula mempunyai graviti yang membawa manusia merentas masa ke pintu galaksi lain. Nota UFO dan Kod Hukum Graviti adalah input awal supaya anda memahami maksud ini. Dajjal meninggalkan kod hukum graviti supaya penyembahnya membina lebih banyak piramid dan binaan-binaan berbucu supaya dapat membuka pintu dunia ghaib seluas-luasnya pada saat kemunculannya nanti.
mudah untuk faham:
Piramid = vortex = blackhole = graviti = gerbang ghaib
(kebanyakan orang suka menyebut gerbang ghaib sebagai stargate).
Kod hukum graviti itu pula berguna untuk mencipta teknologi penerbangan, yang dijadikan jet perang untuk menjayakan plot ketenteraan dalam perang-perang dunia.
Berbalik kepada monumen tenaga, kita ambil sandaran pertama, ketiga dan keempat yang dinyatakan di awal topik ini. Kita tidak nampak tenaga yang terhasil daripada piramid, tetapi eksperimen saintifik telah membuktikannya.
OK, cuba kita lihat di sekitar piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini. Piramid moden itu berfungsi sebagai kompleks membeli-belah, pusat konvensyen atau sebagainya. Kebanyakannya terletak di tengah bandar yang mempunyai tiang-tiang elektrik dan wayar-wayar kabel elektrik di bawah tanah. Tiang dan kabel bawah tanah itu pula bergerak di sekeliling piramid moden itu. Dan apa yang jadi? Tenaga elektrik itu diserap oleh piramid di sebabkan bentuk binaannya yang menyebabkan ia bertindak sedemikian. Tenaga itu pula dilepaskan di bucunya, menjadi vortex. Tapi kita tak nampak vortex itu..kan?
Apabila semua vortex daripada semua piramid seluruh dunia mencapai tahap jumlah kapasiti yang diperlukan, tidak mustahilkah akan terbentuk satu fenomena seperti black hole di atas bumi? Ia bukanlah akan menyedut kita semua masuk ke dalam vortex seperti black hole itu, tetapi ia berfungsi untuk membuka pintu gerbang dunia ghaib untuk satu tempoh tertentu bagi membolehkan Dajjal keluar semula dengan para iblis dan jin.
Malah, jika kita melihat pintu gerbang dunia ghaib itu seperti sebuah black hole yang ada di rangkasa lepas, maka tidak mustahil para jin dan syaitan akan keluar dengan UFO yang seolah-olah datang dari angkasa lepas melalui black hole yang terhasil di bumi dan menggelarkan diri mereka sebagai alien. Berapa jumlah kapasiti tenaga vortex yang diperlukan untuk membuka pintu dunia ghaib? Maaf, kami tidak tahu.
Dalam menjelaskan kemampuan manusia mencipta objek pantas dalam menjelajah angkasa lepas, kita ambil contoh kapal robotik tanpa juruterbang ciptaan NASA pada Januari 2006 iaitu New Horizon yang mampu memecut 16.26 km/saat atau 58,536 km/jam dari orbit planet Bumi sehingga ke orbit planet Pluto, Jupiter, Saturn dan Kuiper dengan memecah masuk beberapa black hole. Ia adalah hasil pemecahan kod graviti, yang menunjukkan adalah tidak mustahil untuk manusia meneroka black hole di bumi dengan pengetahuan graviti yang ada.
Barangkali, ia (New Horizon) adalah teknologi yang sama digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk membina UFO yang mampu bergerak sangat pantas seperti didakwa oleh sesetengah pihak yang pernah melihat kepantasan objek UFO berterbangan di ruang udara. Segalanya tidak mustahil, teknologi yang dimiliki New Horizon sudah mampu memberi gambaran terhadap kebarangkalian itu.
Kita juga sudah faham bahawa piramid dan binaan-binaan berbucu yang dibina sejak zaman sejarah tamadun purba dan juga piramid-piramid moden yang dibina di serata dunia hari ini mampu menjana tenaga di sekelilingnya menjadi vortex. Binaan-binaan berbucu yang lain juga mampu menjana tenaga vortex seperti itu.
Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima pula, semua amalan baik dan jahat yang kita lakukan memerlukan tenaga yang menghasilkan sama ada tenaga positif atau negatif. Perbuatan kita memerlukan tenaga. Kaitkan pula dengan pembinaan piramid moden di serata dunia (Sunway Pyramid yang paling dekat dengan kita, juga binaan-binaan berbucu yang bercirikan senibina Masonic yang lain) yang mampu menyerap tenaga dan membebaskannya menjadi vortex.
Cuba fahamkan walaupun sedikit mistik, kita membuat dosa dengan menggunakan tenaga dan piramid pula menyerap tenaga itu untuk dibebaskan menjadi vortex untuk membuka pintu Dajjal. Cuba selarikan dengan sistem mind control yang mana mereka mahu kita membuat dosa melalui program-program hiburan dan lain-lain, kenapa Dajjal mahu kita terjebak seks bebas, menagih dadah dan sebagainya sehingga mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah?
Ia mungkin disebabkan sesuatu yang diinginkan Dajjal iaitu ‘tenaga dan dosa’ yang kita hasilkan itu dapat diserap oleh piramid dan dijana menjadi kekuatan untuk membuka pintu syaitan, pintu Dajjal, dan pintu keluarnya UFO. Dosa melampaui batas yang kita lakukan pula akan mengundang kemurkaan Allah sehingga mendatangkan malapetaka yang akan berakhir dengan kiamat, yang membawa kepada keluarnya Dajjal.
(kami tidak paksa anda percaya, kami hanya mahu anda berfikir bersama kami)
Pintu vortex kerap dibuka untuk tujuan keluar masuk para jin dan syaitan, dan proses itu terus berlarutan… ia berlaku di lokasi-lokasi tertentu, termasuk di belakang rumah anda, ia tidak memerlukan kapasiti tenaga yang tinggi untuk dibuka.
---------------
Pelajran kedua: Bolehkah black hole (seperti stargate) wujud di bumi?
Kumpulan pakar fizik New Scientist dari Royal Institute of Technology Sweden terdiri daripada Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki pada 2006 telah menemui satu penemuan menarik dan direkod dalam kertas kajian yang diterbitkan universiti itu. Mereka berjaya mencipta prototaip mesin yang mampu bertindak seperti black hole. Dalam eksperimen mereka, mesin itu dihidupkan dengan bantuan tenaga magnetik dan elektrik bagi menguji tahap radiasi Hawking.
Cermin diletakkan dalam mesin itu bagi menguji pantulan sejumlah cahaya yang akan dihalakan ke arah mesin itu. Kesimpulan yang mereka buat ialah black hole boleh wujud di bumi berdasarkan penemuan iaitu, cahaya yang memasuki mesin itu tidak pernah memantul kembali, sebaliknya diserap terus. Satu-satunya komponen cahaya yang terpantul hanyalah kesan radiasi Hawking daripada sisa cahaya, dan bukan semua komponen dalam cahaya itu terpantul sepenuhnya.
Mereka juga membuat kesimpulan bahawa penemuan itu sangat bertentangan dengan hukum pantulan dan tersasar daripada hukum alam semulajadi. Satu-satunya komponen yang boleh memantul ialah radiasi Hawking. (Terdapat beberapa komponen dalam cahaya seperti ultraviolet, haba, radiasi dan sebagainya). *Cahaya hanya tidak akan terpantul jika dihalakan ke arah dinding atau objek yang diwarnakan hitam.
Eksperimen itu tidak terhenti di situ, mereka kemudian memasuki fasa pengujian kedua iaitu menguji tahap graviti quantum mesin tersebut melalui percubaan untuk menyatukan teori quantum fizik yang pernah dibangunkan Einstein untuk dipadankan dengan teori mereka sendiri. Cahaya sekali lagi menjadi subjek untuk diuji.
Hasil pengujian itu, mereka kemudian membuat kesimpulan. Black hole yang berkemungkinan boleh wujud di bumi memiliki daya tarikan graviti yang sangat hebat, ia mampu bertindak seperti black hole yang ada di ruang angkasa lepas. Ia juga mampu menjadi medium untuk manusia mengembara merentas waktu. Pusat graviti dalam black hole itu mungkin mempunyai beberapa terowong masa. Itu hanya andaian mereka kerana yang terhasil itu bukan black hole sebenar, ia hanya proses terhasil yang menyerupai black hole.
Di bumi, elemen yang paling rapat dengan black hole ialah vortice (vortex) yang mempunyai persamaan dengan sifat puting beliung (tenaga angin). Puting beliung akan menyedut semua objek yang berhampiran dengannya sama seperti black hole, ia wujud disebabkan keadaan bertekanan rendah (suhu) di pusat kitaran udara bersuhu tinggi atau sederhana. Kita ambil sandaran ini, puting beliung (vortex) terhasil disebabkan wujudnya tekanan rendah di tengah-tengah kitaran udara bersuhu tinggi.
Menurut Leonhardt dan Piwnicki, vortex seharusnya mempunyai sifat yang sama dengan kemampuan menyedut cahaya dan benda fizikal. Cahaya pula seperti diketahui menjadi alat untuk mengukur masa disebabkan sifatnya yang pantas bergerak. Kemampuan vortex memerangkap cahaya juga menjadi petunjuk kepada kemungkinan cahaya itu mengembara ke dimensi lain. Jika vortex mampu berpusing (seperti puting beliung) dalam kiraan sama pantas seperti cahaya, maka ia mungkin mengandungi gas (udara) yang mampu memerangkap cahaya, ia mungkin gas yang mempunyai sifat graviti (tenaga), ia benar-benar memungkinkan black hole boleh terhasil di bumi.
Jadi, jelas bahawa vortex memerlukan elemen tenaga untuk terhasil, manakala cahaya mampu mengembara dalam vortex dan kajian tersebut pula hanya menjelaskan dari segi logik, bukan secara ghaib. Untuk mengkaji hubungkait antara tenaga yang dihasilkan manusia dengan bukaan pintu gerbang ghaib, kita perlu kembali kepada aspek ghaib yang sukar dijelaskan dengan penjelasan saintifik.
Mata terbahagi kepada dua mengikut kemampuan ia melihat. Satu jenis mata dinamakan mata zahir dan satu lagi dinamakan mata batin. Mata zahir adalah mata yang hanya mampu melihat bentuk fizikal secara nyata, manakala mata batin pula mampu melihat perkara-perkara ghaib seperti syaitan, iblis dan sebagainya.
Mata pula hanya mampu melihat apabila dibantu dengan kehadiran cahaya. Maka, ia sudah tentu mempunyai kaitan dalam memperjelaskan cahaya yang terperangkap dalam black hole, dan juga cahaya yang terpantul iaitu yang tidak dapat diserap oleh black hole.
Kita fahami ayat al-Quran untuk lebih memahami bahawa terowong stargate yang menjadi tempat keluar masuk jin serta syaitan itu sebenarnya wujud di bumi, mereka tidak datang dari angkasa lepas dengan UFO seperti sangkaan kebanyakan daripada kita. (Allah lebih mengetahui segala rahsia dalam al-Quran, manusia tidak pernah termampu untuk membongkar rahsia al-Quran kerana rahsia itu tetap menjadi milik Allah).
“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari balasan Allah), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (dari Allah)” - (Quran, ar-Rahman: 33)
Ayat al-Quran jelas memberitahu bahawa jin tidak mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi. Jin pula hanya berlegar dan mengembara di kawasan bumi sahaja, tidak menembus keluar dari bumi. Atau langit juga membawa pengertian yang lebih luas iaitu alam semesta yang juga mustahil untuk ditembusi.
Maka teori dalam nota sebelum ini bahawa UFO itu hanya keluar dari black hole yang terhasil di bumi, adalah munasabah dan boleh digunapakai. UFO yang didalangi jin dan syaitan itu tidak datang dari angkasa lepas, melainkan keluar dari pintu dunia ghaib yang terhasil di bumi. Itu pun jika benar jin dan syaitan akan keluar bersama UFO di akhir zaman nanti. Alam ghaib itu pula wujud di bumi, bezanya hanya ia tidak dapat dilihat manusia menggunakan mata kasar. Segalanya hanya berlaku di bumi dan hanya Allah lebih mengetahui.
Namun, apakah yang membuka pintu dimensi berlainan ini? Berbalik kepada kajian yang dilakukan Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki iaitu pintu dimensi dapat dibuka dengan bantuan tenaga yang mencukupi. Kita ambil pula pendekatan ghaib, dosa dan pahala terhasil daripada kesan penggunaan tenaga yang dimanfaatkan iaitu secara positif atau secara negatif. Ia walaupun berlainan sudut pandangan, masih tetap tertakluk kepada konsep penggunaan tenaga manusia yang dijana melalui perbuatan
------------------------
Pelajaran ketiga: Janakuasa Pasif dan Aktif
Dalam topik bahagian pertama, anda diperjelaskan mengenai fungsi piramid dan binaan-binaan berbucu yang mampu memanipulasi tenaga bagi menghasilkan vortex yang seterusnya bertindak seperti stargate, malah ia juga dibuktikan dengan eksperimen-eksperimen yang dibuat oleh pakar-pakar fizik.
Namun apakah jenis sumber tenaga yang diperlukan sekiranya piramid dan binaan-binaan berbucu ini berfungsi secara mistik? Maka, kita juga wajar mengambil pendekatan mistik dalam menjelaskan hal ini. Kami hanya sekadar menyampaikan pandangan peribadi yang dipadankan dengan kajian pengkaji dari barat dan ia tidak semestinya betul 100 peratus.
Kita bukan mahu mengumpul puzzle dan mencantumkannya menjadi gambar yang jelas kerana hanya ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALA JAWAPAN. Mencantum puzzle untuk menjadikan ia sebagai satu gambaran jelas hanyalah satu amalan para pemikir objektif. Di sini, kita masih berserah kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui segala yang terahsia di langit dan di bumi.
Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima (rujuk bab Tenaga Ritual Bahagian 1). Cuba fahami bahawa setiap perbuatan itu memerlukan tenaga untuk disempurnakan. Ia pula mungkin terdiri daripada hasil tenaga pasif atau tenaga aktif yang sama ada bersifat negatif atau positif.
Allah menjelaskan dalam al-Quran melalui surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 bahawa setiap amalan itu akan dinilai walaupun sebesar zarah. Maka di sini, kita harus melihat kepada satu sandaran bahawa setiap perbuatan itu akan menghasilkan sama ada dosa atau pahala walaupun sekecil zarah. Maka, proses melakukan pahala atau dosa itu juga memerlukan tenaga.
Bersolat itu besar pahalanya, berjemaah pula lebih besar ganjaran pahalanya. Mengingati Allah dalam setiap keadaan juga mendatangkan pahala (sama ada ia berbentuk pahala kecil atau besar, hanya Allah yang menentukan).
Bersolat adalah amalan yang boleh kita anggap sebagai amalan mengikut tertib (aktif) (hanya sekadar pendapat, mohon maaf jika pendapat ini silap) kerana memerlukan kita memenuhi segala syarat sah solat seperti wuduk, suci dari sebarang hadas, memenuhi rukun-rukun sah solat dan beserta niat, juga bacaan-bacaan surah al-Quran. Kita melakukannya dengan niat, kita melakukannya dengan fokus, kita melakukannya secara aktif, dengan mengaktifkan setiap perkara rukun yang diwajibkan untuk menyempurnakan solat. Ia adalah hasil tenaga aktif yang berbentuk positif.
Manakala, bersedekah dan menjaga kebersihan pula kita boleh anggap sebagai amalan murni tanpa melalui proses tertib (pasif) yang juga mendatangkan pahala hasil penggunaan tenaga secara positif. Kita tidak perlu tertib mengikut rukun sepertimana solat dan haji untuk menyempurnakan amalan bersedekah dan menjaga kebersihan, hanya cukup dengan berniat ikhlas kerana Allah.
Kita lihat pula contoh tenaga pasif bersifat negatif. Ia adalah keadaan berlawanan dengan tenaga pasif positif. Contohnya kita mencerca orang lain dalam keadaan spontan, berpandangan serong dan enggan mengalah walaupun ternyata melakukan kesalahan, ia mungkin dilakukan secara tanpa niat tapi sudah cukup menyebabkan orang lain berkecil hati dan menyebabkan kita menanggung dosa (Allah Yang Maha Adil lebih mengetahui perihal dosa dan pahala). Kita boleh anggap bahawa ia adalah tenaga negatif yang pasif kerana kita melakukannya tanpa disedari.
Demikian adalah keadaan-keadaan yang menghasilkan tenaga pasif. Kembali pula kepada persoalan, mengapa Dajjal dan para syaitan iblis mahu kita membuat dosa walaupun sekecil-kecil dosa? Di sini, kita boleh membuat andaian bahawa Dajjal dan para iblis mengharapkan dosa dan tenaga negatif daripada kita sebagai kekuatan bagi mereka. Ia juga akan menghasilkan tenaga yang akan dimanipulasi oleh binaan-binaan yang diwariskan Dajjal. Bangunan itu pula dibina dengan kaedah geometri dan kejuruteraan yang khusus melalui kepakaran yang dipunyai oleh Dajjal, kaedah geometri dan kejuruteraan ‘Dajjalism’ itu pula diwarisi oleh keturunan penyembahnya yang terus membina binaan yang mempunyai karekter yang sama dengan konsep ‘sacred geometry’ dan ‘sacred mathematics’. Bangunan-bangunan itu dibina dengan pengetahuan kejuruteraan mistik, maka ia juga mempunyai fungsi yang mistik, ia adalah elemen yang diperlukan bagi membolehkan penjanaan tenaga dilakukan. Kami tidak akan membuat pengiraan matematik atau geometri di sini, kami tidak mahu memeningkan anda semua. (insya-Allah, kita akan mendalami sacred science, sacred geometri dan sacred mathematics dalam bab-bab akan datang).
Kami hanya mahu anda faham bagaimana tenaga pasif itu dihasilkan dan dijana bagi membuka vortex yang akhirnya memberi kemenangan kepada Dajjal.
Kita faham apa itu chakra. Namun, dalam masa yang sama juga, chakra adalah contoh asas kepada penjelasan cara tubuh manusia menghasilkan tenaga (disebut aura). Ia bukan sahaja terhasil daripada perbuatan, malah cara minda berfikir juga sudah cukup untuk menghasilkan tenaga. Maka sama jugalah jika kita memperoleh pahala dengan hanya mengingati Allah, ia adalah hasil penggunaan tenaga secara minimum dengan menggunakan minda.
OK, apa jenis tenaga yang dimahukan Dajjal? Apa yang Dajjal buat supaya kita menyumbang tenaga kepadanya? Dajjal mengongkong minda kita melalui projek masterpiece mass-mind control supaya kita tidak henti-henti melakukan perbuatan yang menyumbang tenaga kepadanya untuk membuka pintu vortex. Dajjal mengongkong homunculus (fungsi memori sistem otak), Dajjal juga mengongkong jasad kita. Dia mahu kita jadi ‘tikus generator’ dalam sistem yang diciptanya.
Menurut pakar kaji tenaga bernama Barbara Brennan, Human Energy Field (HEF) (juga disebut aura) dalam sistem chakra ialah kombinasi kompleks melibatkan corak tenaga spiritual, mental, emosi dan perbuatan fizikal seseorang individu. HEF juga adalah sebahagian daripada Universal Energy Field(UEF). HEF boleh diterjemahkan kepada tiga bentuk iaitu tenaga meridian, tujuh chakra dan tenaga tubuh. Setiap bentuk tersebut boleh dijana melalui teknik-teknik penjanaan secara terus (aktif) atau tidak terus (pasif).
Chakra juga menurut Brennan, berfungsi sebagai janakuasa dalam menggerakkan tenaga dan dibebaskan sebagai aura (HEF) yang akan bercantum dengan UEF bagi menjadikan seseorang itu lebih sensitif terhadap persekitarannya. Maka, jelas bahawa tenaga pasif manusia juga mempunyai hubung kait dengan penyatuan tenaga di peringkat universal. Ia akan bercantum dan menghasilkan tenaga yang lebih besar kuantitinya.
Tenaga spiritual tubuh termasuk semua getaran yang melebihi kemampuan minda mengandungi maklumat yang turut akan dibebaskan menjadi sebahagian komponen vortex. Ia berkisar mengenai sentimen, kepercayaan, perasaan dan sebagainya yang akan membentuk komponen vortex tersendiri.
Tambah Brennan lagi, setiap chakra mempunyai empat tenaga vortice (sebelum bertukar menjadi vortex) yang mana aura yang dihasilkan itu akan berpusing ke atas dan ke bawah (di luar tubuh manusia) setiap kali dijanakan. Tekanan ke atas akan menghasilkan ‘vortex bukaan’ dan tekanan ke bawah pula menghasilkan ‘vortex tutup’ bagi meningkatkan koordinasi tenaga tubuh manusia.
Kes ini sama seperti kewujudan piramid normal (bucu di atas) dan piramid terbalik (bucu di bawah) yang turut berfungsi sebagai alat menjana kekuatan ‘membuka’ dan ‘menutup’ vortex. Ringkasnya, piramid normal akan membuka vortex dan piramid terbaik akan menutup vortex selepas dibuka. Malah, kes ini juga sama dengan pentagram normal dan pentagram terbalik yang berfungsi sebagai medium amalan sihir di kalangan penganut agama Wicca. Fungsi piramid terbalik tetap sama seperti piramid normal yang mampu memanipulasi tenaga, ia adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.
Namun ia masih perlu memenuhi ‘sacred geometry’ (sejenis ilmu rahsia) dengan menepati setiap nisbah kiraan mistik bagi membolehkan ia bertindak sedemikian, namun bangunan-bangunan moden di seluruh dunia hari ini kebanyakannya dibina oleh kepakaran kejuruteraan dari Barat yang sudah pasti mempunyai kiraan berunsur mistik sekiranya jurutera Barat itu menganut fahaman kejuruteraan Mason. Nampak? Dalam kes piramid terbalik, bezanya hanyalah arah tenaga itu dihalakan, ke atas ialah membuka dan ke bawah pula ialah menutup pintu vortex. (Hanya Allah lebih mengetahui)
Kiraan dalam sacred mathematics pula tidak hanya berkisar mengenai tambah, tolak, bahagi dan darab, ia memerlukan kaedah pengiraan yang sangat kompleks dan berpandukan formula-formula matematik pelik yang rumit dan sukar untuk difahami. Namun, formula ini kerap digunakan untuk membina binaan Masonic, piramid moden, ukiran batu dan sebagainya. Ia adalah asas pengiraan bagi membina monumen-monumen ritual para penyembah Dajjal. Pengiraan yang mampu menghasilkan bentuk binaan yang tepat dari segi nisbahnya dengan medan magnetik bumi, penggunaan formula sacred mathematics itu juga menjadikan sesuatu binaan berada pada titik yang tepat menghala kepada pusat vortex yang ada di ruang udara. Contoh paling mudah ialah merujuk kepada jajaran ley lines. (Allah lebih mengetahui segala rahsia).
Jajaran ley lines pula boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah matematik moden melalui fungsi matrix equation atau persamaan matriks. Namun ia masih perlu berpandukan beberapa pertukaran fungsi dan diadaptasi ke dalam formula-formula sacred mathematics. Matrix yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti matrix yang menjadi ilusi kehidupan dunia.
Menurut pengkaji vortex bernama Richard Lefors Clarke, pengetahuan terhadap garisan grid bumi yang menjadikan medan magnetik sebagai titik-titik utama di setiap benua merupakan salah satu daripada pengetahuan yang sudah lama berkembang sejak zaman tamadun awal. Grid bumi terdiri daripada aliran garisan geometri di atas tenaga graviti yang terdapat di perut bumi.
Kita sudah tahu binaan berbucu mampu memanipulasi tenaga, tapi bagaimana pula dengan ‘spike’ yang berbentuk piramid yang dipakai pada tangan? Spike ini lazim dipakai anak-anak muda sekarang (lazim dipakai penggemar muzik black metal dan sealiran dengannya), ia juga berbentuk seperti piramid yang melekat pada tubuh setiap kali dipakai, ia juga mampu mengalirkan tenaga untuk digandakan dengan piramid yang lebih besar. Kemampuannya mengalirkan tenaga adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.
Dajjal mencipta sistem, manakala manusia pula menggerakkan sistem itu tanpa sedar disebabkan ada keseronokan yang terpampang dalam sistem itu dan terpengaruh dengan agenda mind control. Sistem itu pula berteraskan seks, hiburan, keseronokan melampau dan menjauhkan manusia daripada mengenal Allah. Dan, sistem itu pula bertindak sebagai ‘generator’ yang memerlukan ‘tikus-tikus’ berlari di dalamnya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukannya. Ini bukanlah satu pandangan ekstreme, tapi adalah wajar jika kita tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah kepada diri sendiri dan paling penting kepada agama.
Jika tenaga pasif yang dihasilkan itu adalah secara spontan, ia sudah cukup untuk berfungsi sebagai input kecil bagi menghasilkan lot tenaga yang besar apabila bercantum dengan input-input kecil yang lain, bagaimana pula jika ia diiringi dengan perbuatan melampau yang boleh berubah bentuk menjadi tenaga aktif. Ia akan menjadi lebih berganda. Vortex akan jadi lebih besar.
Kelalaian manusia dalam menjaga perbuatannya juga akan menyebabkan manusia tergelincir daripada landasan dan menyumbang tenaga pasif negatif secara tidak langsung.
Satu sisi yang kita tidak harus pandang ringan, Dajjal sentiasa berusaha menjadikan manusia sebagai angkatan tenteranya dengan menggunakan kepakaran tipu daya yang dimilikinya. Ketika Dajjal keluar nanti, dia mungkin akan mencari penyumbang tenaga negatif terlebih dahulu, tidak kira yang kerap menyumbang secara pasif atau aktif. Ia adalah kerana lebih mudah untuk Dajjal memperdaya golongan yang tidak penah sedar akan agendanya. Dajjal kemudian akan berusaha pula mendekati golongan penyumbang tenaga positif untuk menyesatkan mereka. Dajjal hanya mahu memenangi hati manusia, walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan menang menghadapi ketentuan Allah.
Kita kutip semula pendapat Brennan dan Clarke, manusia mampu menghasilkan tenaga vortex tidak kira walau di mana manusia itu berpijak. Tenaga itu pula akan berganda sekiranya kita berdiri di atas titik medan magnetik bumi. Maka, manusia sememangnya mempunyai keupayaan menyumbang tenaga bagi menghasilkan vortex.
Maka, mahukah kita menjadi orang yang dimenangi Dajjal? Kita akan dimenangi Dajjal jika berterusan menyumbang tenaga kepadanya. Dia pintar, dia tahu segala perihal mistik dan pandai memanipulasi segala peluang mistik yang ada dalam tidak kita sedar. Perbuatan khurafat juga
Apabila kita bercakap mengenai lokasi medan magnetik bumi, maka secara tidak langsung juga kita bercakap mengenai arah. Mari kita perhatikan arah-arah tenaga vortex semulajadi ini bergerak. Kita hanya ambil tenaga yang menyerupai vortex seperti puting beliung kerana ia adalah tenaga semulajadi yang diciptakan Allah supaya manusia dapat melihat hikmah daripada kekuasaan-Nya.
Ke mana arah puting beliung itu bergerak? Dalam kebanyakan rekod meteorologi di seluruh dunia, puting beliung bergerak mengikut pusingan berlawanan arah jam (unclock wise). Ia adalah vortex semulajadi yang ditunjukkan Allah kepada kita supaya kita berfikir. Kejadian puting beliung adalah fitrah alam semulajadi ciptaan Allah. Islam itu juga agama fitrah yang meletakkan manusia di atas landasan yang benar.
Maka, lihat pula arah ibadat tawaf yang dilakukan jemaah haji dan umrah di Tanah Haram, Baitullah, Kota Suci Makkah. Adakah arah tawaf itu sama dengan arah pusaran puting beliung? Berpusing berlawanan arah jam mengikut fitrah alam semulajadi? Bukankah jelas bahawa Islam itu adalah jalan yang meletakkan manusia di landasan yang difitrahkan? Bukankah tawaf juga memerlukan tenaga? Dan, adakah kita nampak seolah-olah ada pusaran tenaga positif di sekitar Kaabah? Amalan baik yang menghasilkan tenaga positif lah yang akan mengimbangi tenaga negatif yang terhasil. Inilah keseimbangan dalam konsep tenaga.
"Dan, Dia-lah yang telah meletakkan keseimbangan. Janganlah kalian melampaui batas keseimbangan." - (Quran, ar-Rahman: 6-7)
Ikutlah jalan fitrah. Jangan ikut jalan yang bertentangan dengan fitrah manusia. Berhentilah daripada menjadi penyumbang tenaga kepada Dajjal, jangan biarkan dia memenangi kita. Sesungguhnya Dajjal sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan keseimbangan tenaga ini bagi memastikan manusia mengikut jalan sesatnya.
Jika manusia terlalu mencintai hiburan dan keseronokan dunia akibat termakan taktik projek masterpiece mind control, maka hilanglah keseimbangan yang menjadi lebih terarah kepada negatif. Maka Dajjal sudah tentu memenangi lebih ramai manusia untuk memerangi Isa al-Masih dan al-Mahdi. Amalan kitalah yang menentukan di saf mana kita akan berdiri dalam perang akhir nanti.
(Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi, kami hanya mahu anda berfikir bersama kami)
------------------------------
Definisi – Tenaga Ritual: “Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung .” – Ensiklopedia Mistik Umat Terakhir.
Dalam kotak pemahaman umum, ritual dikaitkan dengan perbuatan yang dibuat bagi tujuan keagamaan secara tertib mengikut urutan-urutan tertentu bagi membolehkan ia disempurnakan.
Namun dalam keadaan tertentu juga, sesuatu perbuatan itu (kebanyakannya ialah perbuatan yang bukan amalan dalam Islam) boleh dianggap sebagai ritual walaupun dilakukan tanpa niat.
Menurut Collin Low dalam teorinya bertajuk Ritual Theory and Technique, setiap perbuatan boleh menjadi elemen penggalak dalam sesuatu ritual (biasanya sihir) kerana ritual itu adalah prosedur agama yang dicipta dengan ilham yang diberikan oleh sesuatu yang bukan manusia. Low menjelaskan, ritual bersifat jahat pula lazimnya dibuat berdasarkan budaya atau perbuatan-perbuatan jahat yang disukai manusia. Ia bagi membolehkan ritual itu dapat dijalankan setiap masa tanpa manusia sedar.
“A difficulty in trying to understand traditional ritual is that, it is framed within the world view of a time and culture. An example of this was the belief throughout medieval times that magic operated through the agency of an evil power..” – Collin Low
Dalam penjelasan mudah, ritual bersifat jahat itu dibuat mengikut kesesuaian berdasarkan budaya yang disukai manusia. Ia dibuat sedemikian bertujuan untuk menggerakkan ritual itu sepanjang masa supaya ia mampu menjadi ‘daya sokongan’ kepada pengamal sihir penyembah syaitan ‘Dajjalism’ dalam ritual sebenar.
--------------------------------------
Pelajaran keempat: Global Satanic Ritual, Daya ritual kesyaitanan
Kita ambil satu ritual dalam amalan Satanism yang dipetik dari sumber pengikut Anton LaVey (pengasas agama syaitan moden) di New York iaitu ‘Ritual for Moloch’. Moloch ialah Tuhan Lembu Matahari dalam agama Satanism. (tahu kisah Samiri menyesatkan kaum Yahudi dengan patung lembu? mungkin inilah patung lembu itu yang masih disembah manusia sesat sehingga hari ini). Dalam ritual itu, pengamal sihir Satanism atau Dajjalism perlu meletakkan simbol pentagram di setiap titik utama di tempat upacara ritual mereka. Dikatakan, syaitan akan berada di tengah pentagram (pentagon) itu sepanjang ritual berlangsung. (Dalam upacara ritual Bohemian Grove, Moloch dirujuk sebagai patung burung hantu) Ritual for Moloch
(syaitan dijadikan daripada api dan api pula hanya akan menyala jika ada objek untuk ia ‘menumpang’ seperti kayu atau sebagainya. Maka, dapat disimpulkan bahawa sifat syaitan itu sama seperti api iaitu akan menumpang bagi membolehkan ia bergantung. Samalah juga jika dikatakan kehadiran syaitan itu dapat dikesan apabila ada objek seperti langsir, pokok atau sebagainya yang tiba-tiba bergoyang tanpa sebab, ia adalah kerana syaitan hadir menumpang di objek-objek itu. Syaitan juga menumpang di hati kita, dia menumpang dalam susuk yang dipakai, menumpang dalam tangkal-tangkal, menumpang di setiap tempat yang selesa baginya. Dalam konteks ini, syaitan menumpang di dalam simbol pentagram)
Juga jika boleh, mereka mahu pentagram ditempatkan di setiap titik utama bumi (jajaran ley lines?) bagi membolehkan ‘raja syaitan’ keluar menyaksikan ritual itu. Pentagram normal pula ditempatkan secara berselang-seli dengan pentagram terbalik.
Realitinya, pentagram sudah pun ditempatkan di setiap pelusuk dunia, bukan sahaja di titik-titik utama yang kita andaikan di jajaran ley lines semata-mata. Pentagram kini sudah ditempatkan di seluruh dunia dengan jayanya tanpa mengira apa saja jenis titik. Bagaimana mereka melakukannya? Caranya mudah dan sangat berkesan, sudah tentu melalui projek masterpiece.. mind control.. menggunakan medium hiburan.
Mereka menyebarkan melalui muzik, kita ambil contoh paling dekat iaitu muzik-muzik bingit..metal (black metal, death metal dan seangkatan dengannya). Peminat muzik bingit ini pula lazimnya gemar memakai aksesori pentagram (mungkin terikut memakai pentagram disebabkan sudah terkena ‘potion’ mind control) bilangan mereka pula begitu ramai di seluruh dunia. Nampak pertalian ini? Mereka mempromosikan budaya memakai pentagram melalui medium muzik bingit bagi mewujudkan jiwa rebellious di kalangan manusia (bukankah jiwa yang memberontak tanpa berlandaskan iman itu amat disukai syaitan?), jiwa rebellious itu juga tenaga (ingat HEF dan UEF dalam ulasan chakra dalam bab Tenaga Ritual bahagian 2?) jiwa rebellious itu juga tenaga yang akan memudahkan proses pengaliran tenaga pasif yang dijana melalui pentagram yang dipakai. Pentagram ditempatkan di seluruh dunia melalui ‘penjana pasif’ yang menjadikan pentagram sebagai lambang identiti peminat muzik bingit itu. Di sini, kita bukan mahu menuduh semua peminat black metal melakukan ritual tapi mahu memberi gambaran yang kelihatan samar selama ini. Lihatlah, betapa pentagram sudah ditempatkan di seluruh dunia bagi menjadi ‘daya sokongan’ kepada Ritual for Moloch.
Pemakaian pentagram disifatkan sebagai ‘daya sokongan’ untuk melengkapkan ritual supaya ‘kawasan liputan’ ritual itu dapat diluaskan radius ke peringkat global. Apa sudah jadi sekarang? Seluruh dunia sekarang sudah menjadi ‘kawasan liputan’ terluas dalam menjayakan ritual-ritual Satanism. Ia adalah perbuatan tidak sengaja yang mempunyai sifat ritualistik.
Kita renungkan dengan hadis Rasulallah:
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Kita selongkar lagi, kita ambil pula contoh ini iaitu bacaan pelik dalam bahasa bercampur aduk yang dibaca oleh segolongan penyembah syaitan dalam upacara ritual sebenar:
“Who hail thy name, but hail nay EL, tu satan Ave, Fenris y Ragnarok, shalt live Satan Empire. Tu Lex Talionis, Ha-Satan.”
(nay dalam bahasa Inggeris kuno bermaksud ‘no’. ‘thy’ dalam bahasa Inggeris kuno bermaksud ‘your’. ‘y’ atau disebut ‘e’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘and’ atau ‘dan’. shalt dalam sebutan Inggeris kuno bermaksud ‘shall’ atau ‘will’ atau ‘akan’ dalam bahasa Melayu. ‘tu’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘you’.)
(EL atau ELOAH juga bermaksud Allah, ini juga bermaksud mereka tahu bahawa Allah itu Tuhan yang wajib disembah, tetapi mereka sengaja memilih jalan syaitan. Jelas bahawa Dajjal dan syaitan ada penyembah setianya di kalangan manusia yang sanggup menderhaka terhadap Allah)
Ada perasan dengan ayat ‘who hail your names….live satan empire’ atau bermaksud.. ‘sesiapa yang menyeru/menyebut nama-nama engkau tetapi melupakan EL….akan menghidupkan empayar syaitan’ . Faham maksud jahat ini?
Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat:
1. Head to South, trace pentagram thrust through center and read the chant: Shaitan, devil jinn of the Burning Desert sands and Sun, thy stave and thy fork unto the flame that is my soul shall be illuminated, Shaitan the Adversary, my soul enflamed!
2. Head to East, trace pentagram thrust through center and call Lucifer, read the chant – Lucifer, bringer of Illumination and love who resides in Shadow and Light, cover and cloak my spirit with thy twelve wings of chosen men, serpent skin covered from the shedding of the Dragon, bring forth the serpent essence of my soul. Lucifer bringer of light and Illumination, I summon thee forth!
3. North, trace pentagram thrust through center and call Seth (Belial), read the chant – Seth, isolator and strengthening force of Storms, that chaos which I have tempered in thy elegance of darkness, Seth with the Eye of Algol. Seth, Lord of Storms and the Red Lands I summon thee forth! (Eye of Algol…eye bermaksud satu mata..bukan Eyes of Algol, tapi Eye of Algol)
4. Head West, trace pentagram thrust through center and call Leviathan, read the chant – Let now the Serpent encircle me, Leviathan the Coiling Serpent of timeless being, I summon your essence. Great chthonic daemon of endless being, I seek to drink of your cup and behold the mystery of the depths!
5. Turn to the East, completing the Circle, extend the arms forth and give the I’l Cornuto or Sign of the Horns, and say:
Before me Lucifer! I invoke the Powers of Air!
Behind me Leviathan! I invoke the Powers of Water!
On my right hand, Shaitan! I invoke the Powers of Fire!
On my left hand, Belial! I invoke the Powers of Earth!
For about me flames the Pentagrams,
And in the Column shines the Six-rayed Star of Babalon-Lilith.
Repeat the Qabalistic cross give the Sign of Silence.
Touch the forehead, say Ateh.
Touch the root chakra, say Malkuth.
Touch the right shoulder, say ve-Geburah.
Touching the left shoulder, say ve-Gedulah.
Berdasarkan bacaan dan prosedur dalam ritual tersebut, dapat difahami bahawa ada pertalian antara pentagram, syaitan (rujuk sebagai shaitan), jin (rujuk sebagai jinn), illumination (illuminati), Seth (musuh Horus), Yahudi (rujuk pada baris twelve wings of chosen men), Dajjal (dirujuk sebagai Eye of Algol), Star of David (dirujuk sebagai Six-rayed Star of Babalon), simbol tangan (rujuk Sign of the Horns seperti gambar di bawah) dan Kabbalah (dirujuk sebagai Qabalistic, jika tidak salah). Nampak pertalian itu semua? Bukankan sudah jelas sistem ritual Dajjal ini?
Rasanya, ramai yang tahu mengenai fungsi Master Carpet atau Checkered Floor dalam menghidupkan ritual satanis dalam Freemason, Illum atau seangkatan dengannya. Maklumat mengenainya juga boleh dirujuk dalam blog-blog ilmiah berbahasa Melayu. Maka, tidak perlu dijelaskan secara terperinci di sini kerana blog-blog ilmiah berbahasa Melayu yang lain sudah menjelaskannya dengan baik sekali. Begitu juga dengan penjelasan mereka mengenai fungsi tiang Masonic iaitu Jachin dan Boaz.
Perkara yang perlu difahami di sini hanyalah mengenai getaran tenaga yang boleh terhasil, kesan daripada penggunaan elemen-elemen ritual tersebut. Kita tidak akan ketengahkan pendapat-pendapat atau kajian-kajian baru dalam sub-topik ini, sebaliknya kita akan mengutip semula hasil kajian-kajian yang telah diberitahu melalui perenggan-perenggan awal. Kita akan gunakan semula semua hasil kajian itu di sini untuk membuat satu kesimpulan lain.
Kita kutip semula pendapat Dr. Philip Calahan menerusi kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great Pyramids yang kemudiannya disokong oleh kajian yang dibuat Mary Hardy dan Dean Hardy dari American Institute of Electrical Engineering yang menemui penemuan menarik (tetapi tidak mengejutkan sesetengah pihak) iaitu piramid dan binaan berbucu mampu menjadi saluran untuk menjana tenaga bagi menghasilkan vortex. (rujuk Pelajaran Pertama)
Kajian tersebut (khususnya subjek mengenai vortex) kemudian secara tidak langsung disokong pula oleh Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki dari Department of New Scientist di Royal Institute of Technology Sweden pada 2006 dengan penemuan mengenai blackhole tiruan yang mampu bertindak seperti terowong masa (terpulanglah jika anda selesa menyebut ia sebagai stargate, pintu dunia ghaib atau gerbang jin atau sebagainya).
Kita kutip juga pendapat Barbara Brennan mengenai gelombang tenaga yang terhasil daripada sistem Chakra yang melibatkan penyatuan unsur tenaga chakra iaitu Human Energy Field (HEF) dengan Universal Energy Field (UEF) ketika manusia berkoordinasi atau melakukan kontak dengan persekitarannya. Koordinasi HEF itu pula menghasilkan tenaga yang disebut aura yang akan bercantum dengan UEF, manakala tekanan atau getaran tenaga itu pula akan menghasilkan ‘daya penolakan ke atas’ menyerupai vortex bukaan dan ‘daya tolakan ke bawah’ menghasilkan vortex tutup sepanjang proses koordinasi tubuh manusia dengan persekitarannya. (rujuk Tenaga Ritual Bahagian 2).
Kutip semula pendapat-pendapat tersebut untuk mencari pertalian dengan perkara ini. Kemudian kita cuba pula untuk meneroka mistik dengan bantuan kajian sains. Cuba temukan satu kesimpulan berpandukan hasil-hasil kajian tersebut. Ada satu unsur yang serupa dalam semua kajian yang telah disebutkan iaitu tenaga, dan unsur yang serupa itulah yang kita jadikan medium untuk melakukan hubung kait secara mistik.
Dalam konteks monumen ritual, kita sudah mengetahui bahawa binaan-binaan tertentu mampu menjana vortex untuk menghasilkan pintu alam ghaib. Maka di sini, kita akan cuba memahami maksud binaan-binaan tersebut dengan sedikit pendedahan mengenai sacred geometry secara kasar, bukan melakukan pengiraan secara terperinci. Yahudi dan Satanis sangat mahir dalam matematik. Ia sedikit memeningkan bagi yang kurang mahir matematik.
Binaan-binaan yang mempunyai unsur Masonic seperti tiang berkembar mirip JachindanBoaz mempunyai variable atau pemboleh-ubah (istilah matematik) nisbah kiraan tertentu berpandukan model (hanya sekadar mengklasifikasikan ia sebagai model) dalam bentuk asal Jachin dan Boaz. Model asal ini pula kita boleh ambil daripada binaan-binaan monumen yang mempunyai sifat serupa dengan Jachin dan Boaz terutamanya binaan dalam tamadun-tamadun awal (hanya sekadar pendapat yang tidak disokong). Skala binaan itu dibesarkan atau dikecilkan mengikut nisbah-nisbah tertentu bagi membolehkan ia bertindak untuk memanipulasi tenaga yang berada disekelilingnya secara efektif atau berkesan.
Dalam tamadun Mesir, kita ambil contoh kuil-kuil firaun di mana tiang-tiang kuil tersebut menyerupai Jachin dan Boaz. Manakala kuil pula seperti sedia maklum, ia adalah tempat ritual firaun dijalankan. Maka, kaedah binaan tiang-tiang itu juga dibina berdasarkan keperluan ritual. Mohon maaf jika pendapat ini salah, tiang-tiang ini yang dibina hasil daripada pengaruh Greek dan Rom yang sampai di Mesir pada ketika tamadun awal menjadi model asas dalam konsep arkitektural Masonic yang kemudian dinamakan sebagai Jachin dan Boaz.
Malah jika diperhatikan pendapat-pendapat popular masyarakat dunia (street smart) mengenai peristiwa 9-11 yang meranapkan bangunan berkembar mirip Jachin dan Boaz di New York, ia juga dikaitkan dengan amalan ritual satanis. Melalui pendapat-pendapat itu, dikatakan kejadian itu sengaja dibuat pada 11-9-2001 kerana menurut susun lapis spiritual dalam ajaran sesat Yahudi iaitu Kabbalah, angka 9 ialah turutan sebelum (di bawah) Tempat Tertinggi iaitu Tuhan yang berada di turutan angka ke-10. Maka tiada lagi angka yang berada di atas 10, kerana 10 ialah angka tertinggi yang dianggap sebagai angka tuhan.
Jadi menurut pendapat umum itu, ritual 9-11 ialah tindakan menidakkan kewujudan angka 10 selepas 9. Kedudukan angka 9 tidak dituruti angka seterusnya iaitu 10, tetapi terus naik ke angka 11, atau ‘skip’ atau ‘lompat’ terus ke angka 10 dengan maksud menidakkan tempat tertinggi iaitu 10. Ritual itu juga dikatakan bermaksud menidakkan atau menafikan kekuasaan tuhan dengan meletakkan sesuatu (di angka 11) sebagai kuasa yang lebih tinggi daripada tuhan. Peristiwa 9-11 adalah ritual untuk mencabar tuhan.
“9 skip to 11 where 10 is denied like never exist.”
Teori dari pendapat umum itu tidak terhenti di situ, bentuk bangunan WTC yang mirip bentuk Jachin dan Boaz juga menjadi medium untuk melengkapkan ritual. Malah, Jachin dan Boaz juga dianggap (secara ritual) sebagai ‘The Gate’ atau pintu gerbang bagi kemunculan semula raja mereka yang kita andaikan sebagai Dajjal.
Melalui teori yang sama. Pada hari yang sama peristiwa 9-11 juga, bangunan Pentagon turut ‘dikatakan’ diserang (atau sebenarnya dirancang oleh tangan ghaib?). Bentuk pentagon pula adalah segi lima seperti yang terdapat dalam pentagram, iaitu bintang (star) bucu lima yang menjadi medium ritual sihir dalam agama Wicca, Asatru dan lain-lain agama syaitan. Kebanyakan ritual pula menggunakan api (sifat syaitan).
Jika diperhatikan di sini. Pada 9-11-2001, adalah ritual mencabar tuhan dimana berlaku pembakaran Star (bangunan Pentagon) dan juga berlaku pembakaran Gate (bangunan WTC) atau Star & Gate menggunakan api dengan mencabar tuhan supaya Dajjal dimunculkan semula untuk keluar dari stargate (pintu gerbang ghaib). Ia dikatakan upacara ritual terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah. Pendapat umum itu pula semakin mendapat perhatian oleh beberapa pengkaji agama di Amerika dan sebilangannya juga menyokong berdasarkan hujah-hujah yang boleh diterima. Malah, bukti penipuan George W.Bush mengenai konspirasi 9-11 juga sangat jelas melalui ucapan-ucapan yang kami sifatkan sebagai ‘terlepas cakap’. Bush memang selalu terlepas cakap, sebab itulah petualangnya semakin terserlah. Anda boleh menemui buktinya jika meneliti laporan-laporan akhbar sejak September 2001 hingga habis penggal pentadbiran Bush, buatlah penelitian secara bersungguh. Juga boleh lihat buktinya melalui klip-klip siaran berita televisyen Amerika, ia boleh ditonton di Youtube.
Itu adalah teori mengenai contoh ritual yang dilakukan tanpa kita semua sedar. Tapi, bagaimana pula dengan ritual-ritual lain yang dibuat secara terancang di peringkat global? Jika peristiwa 9-11 dianggap sebagai ritual terbesar, maka mana lebih besar jika kita melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi ‘daya sokongan’ kepada ritual sebenar? Bukankah itu juga satu ritual terbesar? Ritual seks pada paparan dinding di Rom.
Dalam satu peringkat, zina juga dikelaskan sebagai ritual di kalangan penganut agama pagan. Ia dikatakan ritual untuk mengagungkan Goddess of Sex and Love iaitu Athenna. Malah, keadaan tidak sedarkan diri akibat dipengaruhi dadah atau arak juga dianggap sebagai satu ritual satanis pada waktu-waktu ritual sebenar dijalankan walaupun jaraknya melintasi sempadan lautan. Penganut agama syaitan ini (Wicca, Asatru, Bohemian Grove dan seangkatan dengannya) merencanakan kelab-kelab malam sebagai tempat manusia menikmati arak, mencari pasangan untuk zina dan sebagainya.
Ia juga sebagai medium menjadikan manusia menurut segala keperluan mengikut kehendak mereka untuk menjana ‘daya sokongan’ bagi memenuhi keperluan ritual. Ia digerakkan secara global. Kita di Malaysia juga mampu menyumbang tenaga sekiranya ritual itu sedang dijalankan di England atau Perancis atau Scotland atau Amerika kerana titik-titik pentagram sudah disebarkan ke seluruh dunia. Pentagram pula berfungsi dengan cara yang sama seperti piramid. Maka tidak hairanlah jika manusia hari ini begitu mudah menurut nafsu akibat terlibat dalam upacara ritual satanis secara tidak sengaja.
Binaan bercirikan Mason yang terus dibina sehingga hari ini pula menjadi keperluan untuk mereka melakukan ritual sihir. Ia mungkin sebagai bayaran kepada syaitan yang telah memberi kedudukan kepada mereka di dunia ini.
Apabila dikombinasikan semua kajian tersebut dengan satu persamaan iaitu tenaga, dapat disimpulkan bahawa tenaga yang terhasil itu akan dijana melalui satu sistem janakuasa mistik.
Sistem daya sokongan pelengkap ritual ini dirancang dengan begitu baik bagi membolehkan tenaga-tenaga pasif di peringkat global bersatu dengan tenaga-tenaga aktif yang dijana dalam ritual sebenar. Ingat lagi dengan HEF dengan UEF dalam bab Tenaga Ritual Bahagian 2? Ia adalah koordinasi antara daya pasif dengan daya aktif.
Mengapa Dajjal mewujudkan sistem ini? Ia bagi membolehkan manusia melakukan ritual pasif terhadapnya dalam keadaan tidak sedar bagi menyokong ritual aktif. Ia adalah sistem Dajjal. Dajjal adalah pakar dalam amalan sihir, dia licik memanipulasi setiap perbuatan manusia supaya menjadi selari dengan kehendak ritual yang mendewakannya di samping syaitan. Dia mahu simbol-simbol yang diperlukan dalam ritual berdiri megah di serata dunia, dia memanipulasi kejahilan manusia.
Berhati-hatilah dalam setiap perbuatan…elemen sihir itu ada di mana-mana sahaja, sama ada kita sedar atau tidak..kita sedang menghadapinya..
Ia mungkin menjadi model asas setelah arkitek-arkitek Mason mengambilkira nisbah kiraan tiang-tiang di lokasi ritual firaun tersebut. Berdasarkan rekod-rekod sejarah, ritual firaun selalunya melibatkan upacara sihir, manakala kisah firaun derhaka dalam al-Quran menjelaskan mengenai amalan sihir semasa pemerintahan firaun.
Maka, binaan tiang-tiang atau rumah-rumah ritual yang dibina semasa pemerintahan firaun juga sudah tentu dipengaruhi oleh nasihat-nasihat tukang sihir kepada firaun. Tukang sihir menjadi penasihat paling berpengaruh dalam setiap keputusan yang dibuat oleh firaun. Sudah tentu juga tukang-tukang sihir itu mempunyai pengetahuan untuk membina binaan yang menepati kehendak raja sihir iaitu syaitan. Syaitan pula sudah tentu memerintahkan tukang sihir untuk membina kuil dan tiang-tiang mengikut saiz tertentu. Maka jika bercakap mengenai saiz, sudah tentulah melibatkan kiraan. Kiraan geometrik itu pula mungkin direkodkan oleh Yahudi satanis yang mengamalkan sihir sejak zaman tamadun Mesir lagi, lalu diwarisi sehingga hari ini untuk terus membina binaan bercirikan Mason sehingga hari ini.
Yahudi yang mewariskan pengetahuan sihir semasa zaman firaun pula mungkin daripada golongan yang menjadi hamba suruhan kepada tukang-tukang sihir, atau mungkin daripada golongan Yahudi yang enggan mengikut ajaran Nabi Musa. Maka, pengetahuan itu direkodkan untuk diwariskan kepada Yahudi-Yahudi seterusnya, itu pun mungkin selepas mereka melihat ‘nikmat dunia’ yang berikan syaitan kepada firaun, supaya generasi mereka yang mengamalkan sihir dapat menguasai dunia dengan bantuan syaitan seperti firaun pernah mengecapinya. Realiti sekarang, Yahudi sudah pun menguasai dunia.
Belum jelas mengenai pendapat bahawa sesebuah binaan untuk tujuan beragama itu perlukan kiraan tertentu dalam memenuhi keperluan mengikut amalan sesebuah agama? Kita kembali kepada Islam yang kita cintai, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail di sebuah kawasan di padang pasir Makkah. Lokasi untuk membina Kaabah itu pula sudah ditentukan oleh Allah, manakala bentuk dan saiz Kaabah juga mungkin sudah ditentukan oleh Allah. Maka, kiraan arkitektural yang diperlukan untuk membina Kaabah sudah ditentukan oleh Allah di atas lokasi yang juga sudah ditentukan.
Bukankah tempat suci umat Islam itu ialah lokasi yang sudah ditetapkan oleh Allah? Begitulah juga dengan kawasan al-Aqsa yang mana keluasannya meliputi masjid as-Sakhra dan masjid al-Aqsa juga adalah lokasi yang ditentukan oleh Allah. Masjid al-Aqsa didirikan di atas sebuah kawasan yang dinamakan al-Aqsa, yang juga meliputi masjid as-Sakhra iaitu bangunan berkubah emas yang juga disebut sebagai Dome of the Rock. (hanya sekadar pendapat). Lokasi itu sudah ditentukan Allah kerana Allah lebih mengetahui segala rahsia yang dirancang-Nya di tempat-tempat suci itu.
Dalam kes rumah ritual satanis, maka tidak mustahilkah kiraan arkitektural sesebuah binaan itu ditentukan oleh syaitan? Kiraan itu kemudiannya menjadi asas kepada ilmu senibina arkitektural hari ini. Mungkin sebahagiannya (berdasarkan beberapa kes) juga telah diserap masuk ke dalam ilmu senibina yang kita panggil sebagai kejuruteraan awam. Manakala pengetahuan senibina yang mengamalkan kiraan-kiraan mistikal pula dimiliki sepenuhnya oleh Yahudi dan Freemason di kalangan manusia. Maka terbinalah binaan-binaan moden yang pelik tetapi kelihatan menarik di mata manusia seperti Burj Dubai dan sebagainya yang dibina dengan kepakaran jurutera dari Amerika dan Eropah. Ia mungkin dibina bagi melengkapkan sesuatu keperluan ritual di lokasi lain (tidak semestinya di kawasan berhampiran, boleh jadi juga di sempadan melintasi laut).
Ada beberapa ibadat dikhususkan pada bulan tertentu dalam pusingan kalendar, contohnya ialah ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam pada bulan Ramadhan. Kita lihat hadis berkaitan bulan Ramadhan dan ibadah puasa:
Rasulullah bersabda: “Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.” - (Riwayat Abu Hurairah)
Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang menafkahkan sepasang binatang (dua ekor kuda, lembu ataupun unta) untuk sabilillah (perjuangan agama Allah), maka dia akan diseru dari pintu-pintu syurga dengan ucapan: "Hai hamba Allah, inilah kebaikan." Sesiapa daripada golongan ahli solat, maka dia akan dipanggil dari Pintu Solat. Sesiapa daripada golongan ahli jihad, maka dia akan diseru dari Pintu Jihad. Sesiapa daripada golongan ahli puasa, maka dia akan diseru dari Pintu Rayyan. Sesiapa daripada golongan ahli sedekah, maka dia akan diseru dari Pintu Sedekah" - (Riwayat Abu Hurairah)
Saidina Abu Bakar berkata: "Bi-abi anta wa ummi ya Rasulullah, tidak ada kerugian sama sekali bagi seseorang yang telah dipanggil dari pintu-pintu itu. Tetapi apakah ada seseorang yang dipanggil dari semua pintu itu? Baginda Rasulullah menjawab: "Ya ada dan aku mengharapkan agar kamu termasuk dalam golongan orang yang diseru dari segala pintu tadi." - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Said RA katanya, Rasulullah SAW bersabda"Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah (semata-mata menuju ketaatan kepada Allah) melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya (dirinya) daripada neraka selama tujuh puluh tahun." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuk dosa-dosanya yang terdahulu." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Di sini, kita dapat memahami bahawa ‘pintu’ dibuka pada bulan-bulan tertentu, dalam konteks hadis-hadis yang dipetik itu ialah bulan Ramadhan di mana pintu syurga dibuka dan pintu neraka pula ditutup.
Maka, kita jadikan panduan hadis sebagai tempat untuk kita memelihara akidah dan iman dalam mencari satu jawapan dalam topik ini. Kita akan cuba mencari kaitan bulan dengan pintu gerbang dimensi ghaib. Jika kita sentiasa berpeluk teguh bersama al-Quran dan hadis, insya-Allah kita akan mampu menemui jawapan.
Manakala jawapan yang sebenarnya, hanya Allah lebih mengetahui kerana Dia adalah Maha Pencipta dan Maha Bijaksana. Manusia tidak akan pernah termampu untuk menyelami segala rahsia Allah.
Ingat, jadikan hadis-hadis dan al-Quran sebagai rujukan tertinggi kerana dari sumber itulah kita akan mampu menemui jawapan walaupun hanya secebis kecil dan akan menjadikan kita lebih dekat kepada agama dan mengenal Allah serta risalah rasul-rasul-Nya. Islam memiliki segala jawapan.
----------------------------
Pelajaran Kelima: Graviti Bulan & daya gerbang mistikal
Berdasarkan sumber lisan dari seorang penganut Wicca yang ditemui di pinggir sempadan Winsconsin Amerika, satu ritual khas akan diadakan pada setiap kali bulan mengambang penuh pada kiraan 29.53 hari dan ritual itu dipanggil ‘Moon Gate Ritual’. Istilah Monday bagi mewakili hari Isnin juga adalah sebagai mewakili ritual bulan; Moon Day atau Month Day.
Ritual itu dijalankan bagi membuka pintu dimensi (dimensi iblis dan syaitan) untuk membolehkan beberapa ‘urusan’ antara manusia dengan ‘spirits’ disempurnakan. Kita simpan sebentar perkara ini, kita lihat dahulu perkaitan bulan dengan pintu gerbang melalui sudut saintifik.
Dalam bab lalu, dijelaskan mengenai kaitan graviti dengan kemampuannya membuka pintu gerbang dimensi berbeza. Maka, bulan secara saintifik juga mempunyai pengaruh graviti terhadap Bumi yang mempengaruhi pasang surut air laut dan lain-lain fenomena. Bulan juga adalah elemen graviti.
(bumi yang dieja dengan B HURUF BESAR iaitu Bumi dirujuk sebagai planet Bumi, manakala bumi dalam ejaan huruf kecil dirujuk sebagai kata nama umum untuk Bumi)
Menurut kajian yang dilakukan Earthlink Statistics, peta graviti bulan jelas menunjukkan bahawa daya graviti anomal bulan adalah 10 kali lebih besar daripada daya graviti anomal di Bumi. Perbezaan anomal graviti bulan dengan planet Marikh dianggarkan berada pada julat 1000 + 1miligal (1 gal = 1 sentimeter kuasa dua dengan kuasa dua). Kiraan delta pada julat 1000 + 1miligal pula dianggar bersamaan 1/10 daripada daya graviti di Bumi. (abaikan jika tidak faham). Perkara yang harus difahami di sini ialah bulan itu satu objek yang mempengaruhi graviti Bumi. Hubungan graviti dengan pintu dimensi juga tidak perlu dijelaskan di sini kerana sudah diperjelas dalam bab sebelum ini. Di sini, kita hanya perlu faham bahawa bulan juga elemen yang mempengaruhi graviti dan ada ritual-ritual khas dijalankan bagi mengkombinasikan tenaga tubuh manusia dengan daya graviti bulan.
Bulan sentiasa memainkan peranan penting dalam amalan spiritual kuno kerana objek cakerawala itu mempunyai tenaga graviti yang mampu membuka gerbang dimensi berbeza. Malah pada hari ini juga, amalan ritual itu diteruskan mengikut waktu-waktu tertentu berpandukan proses kitaran dan peredaran bulan mengelilingi Bumi.
Ritual itu pula mengambil elemen-elemen sihir untuk disempurnakan bahkan ritual itu pula akan diperbesarkan pada setiap kali bulan mengalami fenomena gerhana. Maka, mungkin atas sebab itulah umat Islam disunatkan mendirikan solat sunat gerhana bagi meneutralkan amalan sihir yang diamalkan penyembah syaitan. Mungkin itu juga salah satu hikmah solat sunat gerhana iaitu untuk menghapuskan amalan sihir yang jahat.
Berdasarkan sumber tamadun Aztec yang diperoleh dari Temple Mayor Museum Mexico City, Dewi Bulan Coyolxauhqui (sebutan ~ koyol-shau-kee) yang menjadi sembahan masyarakat pagan kuno terus disembah sehingga hari ini. Melalui sumber yang sama juga, variasi penyembahan Coyolxauhqui terus berkembang dalam beberapa agama pagan yang lain. Proses penyebaran atau pengembangan ritual menyembah Dewi Bulan mungkin melibatkan penyembah agama pagan di Eropah atau sekitar benua Amerika melalui kumpulan pengembara (atau mungkin seorang pengembara) yang mengembara ke beberapa lokasi.
“Whenever you perform simple or elaborate full moon rituals, you're participating in a long tradition of showing appreciation for a powerful source of illumination.” – (dipetik daripada rekod temubual pada 29 Mei 2006 bersama Selena Fox, Fox ialah Senior Minister of Circle Sanctuary of Barneveld , sebuah pertubuhan sihir di Wisconsin, Amerika).
Menurut Fox, dalam persekitaran ritual bulan mengikut peringkat peredarannya juga termasuk ‘Full Moon Eshbat’ , ‘Dark Moon Metzbahchi’ , ‘Moon Spell Casth’ , ‘Crescent Spell’ dan bermacam lagi, ia memberi gambaran bahawa ritual itu dilakukan pada masa tertentu mengikut peredaran bulan. Ia juga berkait rapat dengan tahap daya kekuatan graviti bulan pada kitaran tertentu.
Tambah Fox, setiap ritual bulan dilakukan dengan elemen-elemen berikut yang mempunyai persamaan dengan ritual Satanism (seperti dalam perenggan-perenggan sebelum ini):
Casting Circular: Pergerakan mengelilingi bulatan yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga negative dari tubuh bagi mengeluarkan daya vortex ‘antara dimensi’ . Proses ini juga menjana chakra.
Call the Elements: Menyeru beberapa nama dewa dewi pagan (sama juga dalam amalan sihir Nusantara yang menyeru beberapa nama jin) untuk membantu memudahkan proses membebaskan tenaga chakra dari tubuh. (Syaitan membantu untuk tujuan jahat).
Build and Release the Energy: Dilakukan dengan membaca mantera-mantera tertentu bagi tujuan melengkapkan proses mengkombinasikan tenaga tubuh dengan bantuan yang diberikan oleh entiti (syaitan dan iblis).
Release the Balance: Menyerahkan diri kepada entiti atau ‘offer your soul’. Biasanya tubuh berpeluh pada ketika ini menandakan hampir semua tenaga sudah dibebaskan, mungkin juga akan pengsan. (samalah juga dengan konteks ‘lemah semangat’ dalam istilah Melayu) (jangan pernah berasa takut jika terlihat syaitan atau entiti dengan izin Allah, syaitan sangat suka kalau dia tahu kita takut kepada dia melebihi ketakutan kita kepada Allah).
Melalui maklumat itu dan berpandukan kajian Earthlink Statistics, jelas sekali lagi bahawa sesuatu ritual itu sangat memerlukan tenaga termasuklah dalam ritual bulan yang diamalkan oleh penganut Wicca kerana pintu dimensi akan terbuka dengan adanya kombinasi graviti bulan, amalan penyembahan syaitan dan tenaga manusia. Sudut mistik ini akan nampak realistik jika kita mengambilkira dan menggabungkan kajian saintifik dengan ritual sebenar amalan ritual kesyaitanan. Graviti bulan memang ada hubungkait dengan pintu dimensi.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah yang menciptakannya, Jika Dia-lah yang kamu hendak sembah.” - (Quran, al-Fussilat: 37)
Malah, hadis Rasulullah juga jelas memberitahu bahawa ‘pintu syurga’ dan ‘pintu taubat’ akan terbuka dan ‘pintu neraka’ pula akan tertutup pada bulan Ramadhan. Kita bukan mahu melompat kepada kesimpulan bahawa syurga dan neraka itu juga satu dimensi kerana hanya Allah lebih mengetahui, tetapi kita menjadikan hadis itu sebagai pegangan kerana sebagai umat Islam kita harus berpegang teguh kepada sumber-sumber Islam iaitu al-Quran dan al-Hadis. Allah lebih mengetahui segala-galanya kerana Dia memiliki segala rahsia.
"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuan-Nya akan tiap-tiap sesuatu." - (Quran, Thoha: 98)
Pegangan hadis dan ayat al-Quran itu juga kita jadikan bekal untuk cuba mencari pertalian antara peredaran bulan dengan ‘pintu-pintu’ lain tanpa melanggar batas-batas iman. Kita hanya membuat andaian berdasarkan situasi amalan ritual bulan, kita tidak membuat jawapan total kerana kita hanya mampu menemui secebis sekecil-kecil jawapan.
Berbalik kepada amalan solat sunat gerhana dan ibadah puasa fardhu pada bulan Ramadan serta amalan-amalan solat sunat pada satu per tiga malam yang digalakkan kepada umat Islam. Kita bukan cuba untuk menemui jawapan di sini, tapi kita hanya sekadar mahu menyelami hikmah ibadah-ibadah itu.
Kita sudah membuat andaian bahawa bulan itu mempunyai pertalian dalam membuka pintu dimensi. Kita kutip semula pendapat-pendapat sebelum ini.. kita mulakan susunan untuk menemui pertalian:
Piramid = Tenaga
Vortex = Blackhole
Blackhole = Graviti
Bulan = Graviti
Tubuh = Tenaga
Tenaga = Vortex
Vortex = Pintu Dimensi
Tubuh = Chakra
Chakra = Aura
Aura = Vortex
Tekanan Vortex ke atas = Bukaan pintu dimensi
Tekanan Vortex ke bawah = Tutupan pintu dimensi
-------------------------------------------
Kita bukan mencari jawapan lagi, kita hanya mencari pertalian. Dapat dilihat bahawa ada pertalian dengan semua ini dengan amalan ritual syaitan melalui hasil kombinasi semua unsur-unsur yang disebutkan untuk membuka pintu dimensi.
Kita berbalik kepada konsep keseimbangan, semua unsur ritual syaitan tersebut dapat dipatahkan melalui ibadah kepada Allah. Mungkin atas sebab itulah Allah memerintahkan supaya manusia, jin serta semua makhluk ciptaan-Nya beribadat kepada-Nya Yang Satu dan DIA TIDAK MENYERUPAI SEBARANG MAKHLUK.
Kita boleh menggagalkan rancangan syaitan, dengan izin Allah. Perancangan syaitan tidak pernah lebih teliti daripada rancangan Allah kerana Dia-lah yang Maha Mengetahui segala rahsia yang terpendam di bumi dan segala rahsia yang berteraburan di langit.
Sistem ritual bulan sengaja dimanipulasi syaitan dan sekutunya dengan menjadikan daya graviti bulan sebagai daya sokongan untuk dikombinasi dengan daya tenaga manusia bagi membuka pintu dimensi supaya para syaitan dapat berurusan dengan manusia melalui ritual keagamaan yang bertuhankan syaitan dan Dajjal (Grand Master of Magic & Sorcery).
Teks di atas adalah sumber asal (fail Tenaga Ritual) dari blog terdahulu iaitu Konspirasi Sepanjang Zaman sebelum ditukar nama kepada Umat Terakhir yang dibuka semula dalam edisi kedua.

ALLAH PALING BERKUASA

SUMBER/RUJUKAN:
* Artificial Blackhole, Royal Institute of Technology Sweden, Ulf Leonhardt & Paul Piwnicki
* Yoga and Chakra, Barbara Brennan
* Australian Bureau of Meteorology, rekod-rekod terpilih
* National Aeronautics and Space Administration (NASA), rekod-rekod terpilih
* Satanic Bible, bab-bab terpilih
* Earthlink Statistics, fakta-fakta terpilih
* Temubual bersama Selena Fox
* Temple Mayor Museum Mexico City, rekod-rekod terpilih
* dan Unrated resources, fail-fail rahsia
----
SUMBER ISLAM
Kita Suci al-Quran, Kalam Allah
Himpunan Hadis Rasulullah

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Powered by Blogger.

Search